” Kalau bukan salah saya biarkan korang tanggung nanti..”- Datuk Aliff Syukri Bakal Keluar Lagu Perihal Diri.

Hiburan

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang turut terkenal dengan k0ontroversinya, kini kembali akan rilis lagu terbarunya berjudul Ku Ingin Bahagia dalam masa beberapa hari lagi. Lagu ini yang seolah-olah ceritakan apa yang dilaluinya sekarang ini.

Sebelum ini Aliff pernah keluarkan lagu seperti Cowok Baru, Abang Nak Tegur dan Bobo Di Mana yang meraih jutaan tontonan diYoutube.Aliff Syukri juga berharap lagu ini akan dicalonkan untuk masuk Juara Lagu tahun hadapan.

 

inilah perasaan yg sy ketika ini..

lagu baru teaser sy… ketika sy di fitnah org mengecam melampau2 dan sy terdiam bukan sebb bersalah ttpi biar pihak berkuasa yg menjalankan tugas.. ..kalau bukan salah sy biarkan korang tnggung nanti… saya sedih .. apa pun sy maaf kan sahaja.. .

bagi sy.. Tiada benda lain di dalam dunia ini yang paling berharga iaitu kebahagiaan.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah Hati aku, Engkau kuatkanlah Iman aku sebaiknya. Aku sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini. Dan Engkau berikanlah aku kebahagiaan kerana tiada benda yang paling penting selain kebahagiaan..

lagu ini akan sy relase jumaat atau isnin ini nantikan..

Komen-komen yang diterima ..


Biarpun sering dikritik kerana mempunyai “suara sumbang” dan video muzik lagunya mendapat banyak ‘dislike’, Datuk Seri Aliff Syukri tetap mengharapkan lagunya ini layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).Sebelum ini Aliff pernah meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mengapa pihak juri AJL tidak memilih lagunya sebelum ini.

Pernah mengeluarkan beberapa lagu sebelum ini dengan pelbagai genre, Aliff berasa sedih kerana bakatnya seakan tidak dihargai di negara sendiri sedangkan suaranya sedap. Malah dia merasakan lagu-lagu yang dihasilkan setanding dengan lagu daripada penyanyi tersohor seperti Anuar Zain.

Kredit: IG AliffSyukri