“Laungan Azan kedengaran seketika, Melihat Bumi dengan mata sendiri ” – Respon Dr Sheikh Muszaphar Menjawab Dakwaan Bumi Rata.

Hiburan

Sebelum ini kecoh di media sosial apabia terdapat pihak yang mendakwa dimana Bumi sebenarnya bukan bulat atau sfera, tetapi rata!

Malah pihak-pihak yang dungu ini menyatakan sedang melakukan ‘kajian’ dan amat yakin bahawa bumi sfera hanyalah konspirasi.

Terbaru, Suhaimi Saat yang berpendirian menyatakan bumi ini rata meminta angkasawan negara untuk bersumpah atas nama tuhan untuk mengaku bahawa Bumi ini sfera.

Baca : “Kalau Beliau Berani Buat, SS akan Stop Kajian ” – Suhaimi Saad Buat Hal Lagi, Cabar Dr Sheikh Muszaphar Bersumpah Bumi Bulat.

Rentetan daripada itu, Shekh Muszaphar telah memuatnaik  sekeping gambar pada hari ini beserta kapsyen berikut:

Pic – Is the Earth flat ?
Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas … Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar …

Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari..Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr..

Laungan Azan kedengaran seketika..Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi..Melihat Bumi dengan mata sendiri..

Degupan jantung berhenti seketika..Meremang Bulu Roma..Mata tidak terkebil..Melihat Kebesaran Maha Pencipta..

Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas … Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana

MasyaAllah …SubhanAllah …

And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator .

Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole .

It makes you a true believer on the Creator.. The experience is truly amazing and spectacular.. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers

But here I am sharing you my experience of what I have seen .

In the name of Allah it comes from my heart

Salam Jumaat Everyone … Semoga mendapat Barakah semua .

Amiinn … Love As Always …

PS – Just wanted to straighten the facts !

 

Sumber : Yoy Network , ohbulan