“Lebihkan pencarian di kawasan air, kes adik Azarul dulu, dia sering ke area ada air untuk minum “- Abang Zam Kongsi Misi Pencarian Pemuda Broga 2 Tahun Lalu.

Lawak & Seram

Penghujung Januari 2017, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehilangan misteri pemuda Broga, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22 di Bukit Broga, Semenyih.

Dan penghujung March lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau Acap masih hilang secara misteri di kawasan Gua Tempurung. Masuk hari ke-14, Acap masih juga belum ditemui.

Misi mencarinya juga masih diteruskan. Jika pembaca masih ingat, Abang Zam dan team, dari MR.ZAM Extreme Ghosthunter Official antara yang terlibat dalam misi pencarian Azarul Mukhriz di Bukit Broga pada hari terakhir kehilangannya.

Maklumnya, dia juga mendapat jemputan dari Perubatan Islam Nur Zikir untuk turut serta dalam misi pencarian Acap. “Memang ikutkan lama kami nak turun. Tapi masing-masing terikat dengan kerja.”

“Kalau dekat lama dah Abang Zam dan team turun bantu.”

“Siapa masih ingat lagi masa kes kehilangan adik Azarul di sorok bunian beberapa tahun yang lalu di Broga.” Katanya, masa FB LIVE itu sesuatu yang aneh berlaku.

LIVE UPDATE (1) BROGA HILL(Perhatikan minit2 akhir pohon bergoyang tiba2 stop lepas Abg zam tegur)Abg Zam & Team skrg berada di Broga hill..bersama renjer2 yg lain operasi mencari bdk lelaki 20thn yg hilang, hari ni dah msk hari yg ke 7..team Abg zam telah di pggl utk menyertai operasi menjejak adik Mohd Azarul#MRzamXtremeGhostHunter#TERjah

Posted by Abgzam Mrzam on Jumaat, 27 Januari 2017

Menurut MW melihat live yang Abang Zam kongsi, pada minit ke 17.21 kelihatan dedaun pokok pada satu spot dahan bergoyang. Padahal, daun pada dahan pokok yang berdekatan pegun tak bergerak.


Kredit foto : Denny Lang

Cari Acap Guna Bunyi Dentuman

Ketika kejadian dua tahun lalu, Abang Zam telah dipanggil oleh rakan-rakan anggota S.A.R Abam Erry untuk membantu mereka. Dan pada keesokan harinya adik Azarul keluar dari alam belah sana dengan selamat.

“Tapi bukan disebabkan Abang Zam & team. Atas kerjasama semua pihak dan doa seluruh rakyat Malaysia.”

Sambungnya lagi, “Apa pun Abang Zam ucap semoga adik Acap segera dijumpai dan kepada Perubatan Islam Nur Zikir all the best.”

“Cuba lebihkan pencarian di kawasan air. Macam kes adik Azarul dulu, dia kata sering ke area ada air untuk dia minum. Masa tu dia di alam sana.”

“700 orang mencari termasuk orang awam. Tapi tak ada seorang pun dia dengar, nampak dan dia tersedar lepas dengar dentuman mercun (kebetulan malam tu tahun baru Cina.”

“Maybe cara alternatif gini boleh diguna pakai, gelombang bunyi.”

Ini perkongsian FB LIVE Abang Zam dan team waktu mencari Azarul di Bukit Broga pada tahun 2017 : LIVE UPDATE BROGA HILL

“Apa pun sama-sama kita doakan agar adik Acap kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat. Amin.”

Mari kita semua mendoakan urusan pencarian Mohammad Ashraf Hassan dipermudahkanNya, dan dapat ditemui semula dengan selamat.

Sumber/Foto : MR.ZAM Extreme Ghosthunter Official