Lepas abis je kenduri aku tengok mesej bertalu kat henfon. Si L tu suami kau kan. Baik ko jaga dia elok-elok. Luar mcm malaikat tp belakang mcm syial main kayu 3.

Tauladan

Aku budak uia. Dulu. Tp aku da kawen. Aku kawen ngn somi tecinta lps 2thn kami berkawan. Dlm masa 2thn tu aku byk kali nak putus sbb rs mcm xserasi dan xyakin. Tp xputus jugak. Dia xnak lepaskan aku. Aku tepikat kat dia jujurnya sbb dia cute. Lps da kawan,aku find out yg dia blh tolerate ngn prangai2 aku. Prmpuan kan byk prangai lagi2 time nk dtg bulan. So aku go on je walau hati akuni was2.

Aku kawen 6thn lps. Sehari lps aku nikah ada sorg mamat ni msg aku, “Si L tu somi ko kan. Baik ko jaga dia elok2. Lua mcm malaikat. Tp belakang mcm syial. Dasar main kayu tiga” aku igt lagi msg mamat tu cmni. Aku cuak! Pastu aku mula selidik2,tanya kwn2 dia. Tp sume org ckp somi aku baik. Jadi aku decide abaikan je.

3bulan lps kawen, aku mengandung. Morning sickness aku teruk. Org lain sampai 3bulan je. Aku sampai 8bulan! Asik nak muntah je kejenya. Lebih menyedihkan, bulan 6 pregnancy, aku terbaca msg fb somi aku dgn prmpn lain ! Bercinta! Aku xcari2, tp Allah nak tunjuk. Dia lupa logout fb. Makin aku scroll msg2 tu makin aku menyirap xtahan! Aku xsangka sgt2 somi aku yg nampak baik,nampak alim,soleh kat lua tu betul2 buat aku mcmtu! Terus aku trigt msg mamat dulu tu. Aku cuba msg dia malangnya dia xbls. Malam tu,aku xtanya direk ada prmpn lain ke x. Aku nak test dia je. “U syg i x”. “Syg”./”Syg i sorg jeke”. “Yelah u sorg je.mana ada org lain. Nape tiba2 tanyacmni”. “Nothing,jusk asking”

Tapi dlm hati aku, darrah ni mendidih2 sbb dia menipu! Aku bc msg2 dia,penuh syg2 dgn prmpn tu. Siap nak jadikan number 2 lagi! Helo, hutang kau belambak, duit dapo pun aku yg topap,ada hati nak bini 2!

Aku tahan sgt2 semua perasaan marah sedih geram. Dan buat mcm biasa. Esoknya,aku copy segala2 dan aku simpan. Ni bukti ko curang ngn aku dan aku akan guna satu hr nti. Xsampai setahun kawen lg ko da buat perangai! Dsbbkn aku dok ruma je sorg2,lama2 pecah juga empangan air mata ni. 4hari 4 mlm aku menanges xberenti! Dan xbecakap 1patah pekataan pun! Somi asik tanya kenapa kenapa. Dia cuak. Hr ke 4,aku decide, aku ckp, “Lps lahir baby ni,kita akan duduk asing. U nak buat apa,buat lah. I dah xnak heran”

Dia sgt2 tepanjat. Dia asik tanya kenapa. Lastly aku ckp,tgk fb. Bila dia buka fb dia,baru dia tau yg aku da baca msg2 prmpn tu. Dia hanya diam tanpa penjelasan apa2. Minta maaf? Langsung tidak!

Bila aku tanya2 nak minta penjelasan,sama ada dia pura2 tidur atau hanya geleng kepala dan ckp ‘tak’. Mcm tu je behari2. Geram giler tahap gaban somi cmni.

Bile da lahir baby ni, aku mcm xreti handle sorg2. Yelah first time. Somi byk tlg mandikan,siapkan bby sume. Bila aku tgk contribution dia,lama2 aku sejuk. Aku maafkan dia dan aku decide utk lupakan je hal2 lama.

Malangnya! Sekali lagi, 3thn lps tu,aku disahkan mengandung anak kedua. Sama juga,6bln kandungan, aku terrrbaca dia wasap prmpn yg sama!! Ya allah aku igt selamani dah xde! Rupanya masih berhubung! Somi yg sgt xmalu! Mmg kalini aku nekad lagi. Lahir baby ni aku nak g mhkmh trs! Aku sekali lagi menanges mcm org gile tapi kalini hanya sehari. Aku asik tanya utk dia jwb btl2,kalau suka sama suka,kawen je. Aku xnak jd penghalang. Aku boleh pinangkan utk dia. Dgn syarat lepaskan aku dulu. Dia asek geleng tanpa penjelasan dan menanges sama.waktu dulu juga aku ckp yg sama.

nak pinangkan utk dia tp dia xnak. Namun, nekad hanya tinggal nekad. Aku xpegi2 lg court sampai skrg. Baby aku pun dah setahun. Sampai skrg aku xtau dia dgn prmpn tu mcmana. Tp aku ada ckp,kalau berlaku lagi sekali, aku xkan maafkan dan aku akan terus bgtau mak dia. Mak dia ialah kelemahan dia. Dia mmg takut aku bgtau mak dia sbb mak dia mesti akan bash dia hidop2.

Sbnrnya,bukan mslh prmpn je yg buat aku xtahan. Dia juga kaki game online. Pernah ada satu masa dia habiskan beribu utk naikkan level game dia. Dia asik ckp xde duit. Sedang aku dan anak aku,hari2 hanya makan telur,nasi dan kicap. Tiap2 bulan meminjam orang! Sampai bergaduh dgn anak sbb anak nak main dgn dia,dia marah2 jgn kacau dia main game.

Ada satu ketika anak aku tarik seluar dia nak main sama2,tapi dia tepis anak aku sampai terjatuh dan dia terus sambung game tanpa rs besalah. Anak aku menangis, dan aku dgn hilang sabar terus baling remote sampai bekecai. Aku bukan jenis baling2 atau meroyan2. Aku jenis simpan,cool dan seboleh2nya berdiplomaatik dlm segala urusan. Ye mmg merimaskan sbb xblh nak let out. Tp itulah aku.

Satu hari aku ckp,kalau pinjam org lagi,main game lagi,hbskan duit lagi, aku baling henfon tu sampai pecah dan kau tgk aku maati. Waktu tu dia pura2 tidur
Xsangka esoknya, dia berubah. Dah xmain game. Mula tido awal sama2 aku dan anak. Kalau x,aku tido pukul 11mlm,dia tido pukul 3,4 pg. Byk kali jgk kami tido asing2.

Malangnya hanya bertahan beberapa bulan shj. Skrg dia dah mula perangai game dia semula. Aku dah xtahan. Sbb bila dia dah start main game, berjam2 mengadap fon dia xkan hirau apa2 yg berlaku keliling. Lagi satu,bila dia dgn fon,aku dah xpecaya game semata. Mesti ada chat dgn prmpn lain.

Selain itu, solat somi mmg xckup 5 waktu. Ye itulah punca segala masalah! Aku byk kali pesan,jgn xsolat nti kite gaduh lagi. Tp sekali pesan sekali je buat. Lpstu xbuat. Aku rs dah xnak jadi penasihat dia lg.

Byk lagi unsur2 lain yg buat aku givap dan fedap sbnrnya. Atrnya, famili dia igtkan aku yg kontrol duit somi dan xbg somi duit. Aku dgn mak metua mmg xbaik sgt sbb kejadian duit hutang yg somi patut bayar, xdibayar. dulu2 waktu 1thn kawen. Aku jenuh pertahankan somi sbb somi aku mmg xde duit time tu. Tau mak dia ckp apa?
Ko baru kawen, tp rumah ko lengkap sume. Mewah!
Ya allah nak tecabut pinggang rasa! Tu duit aku kumpul! Xguna langsung duit anak dia. Duit aku kumpul time kat uia buat partime mcm2. Dan byk sgt brg,mak aky yg sponsor dan hadiah. Mak metua? Bagi periuk 3bijik je! Aku ckup2 terasa! Tp aku amik kptsn utk diam sbb xnk keruhkan suasana.

Bapak metua aku pulak siap sound,ko org lua jgn campo urusan rumatga aku. Ygni aku sentap gile2. Ok fine,aku kawen ngn anak ko,aku panggil ko bapak, tapi ko ckp aku org lua. Fine, ko hidup la baik2 ngn bini baru ko. Start dari peristiwa2 tu aku mmg xnak ada hal or xnak ada isu dgn famili somi.

Skrg aku ngn somi jarang becakap dan dah xtdo sekali. Aku mmg nak sgt ceraikan somi aku. Tapi Dia xnk ceraikan aku. Aku byk kali mintak selesai cara elok. Tp dia xnak. Aku buntu! Aku sgt xtahan dgn habit dia. Bia la prmpn lain yg jadi isteri dia,jaga dia,syg dia. Aku dah givap! Dah fedap!

Of course aku solat. Aku org yg sntiasa igt,bhw xde kuasa ataupun kejadian melainkan Allah yg mengizinkan. Aku org yg sgt yakin dgn Allah.

Tp ygni aku dah xblh tolerate. Aku da sampai tahap tepu yg tak blh langsung dipujuk2. Aku nak ceraikan suami aku! Tolong! Macamana!

– BMW via iium via ekisah