Lepas iklan ‘jawatan k0song’ cari j0doh, doktor ‘dipin4ng’ lebih 200 wanita

Foto: OMM

Selepas mengiklankan tawaran ‘jawatan k0song’ sebagai suri di hati, seorang pemuda menerima lebih 200 ‘perm0honan’ untuk menjadi calon isteri.

Menurut laporan Harian Metro, pemuda tersebut Muhammad Naquib Hasief Baharin berkata ramai wanita menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram.

“Setakat hari ini, saya menerima lebih 200 mesej daripada wanita hingga membuatkan telefon bimbit saya mengalami ganggvan.

“Mungkin saya memerlukan lebih masa untuk memba4lasnya. Namun jika ada mesej yang terlep4s pandang, saya m0hon maaf,” kata doktor berusia 26 tahun itu.

Menurut doktor siswazah yang sedang menjalani latihan perubatan (houseman) di sebuah hospital di Johor itu, dia akan memilih berdasarkan kriteria, keserasian serta gerak hatinya selain mendapat restu keluarga.

Muhammad Naquib berkata, rupa paras bukan menjadi keutamaan sebaliknya memilih wanita berpendidikan, sopan, pandai membawa dan menjaga diri serta serasi dengan keluarganya.

Malah dia juga tidak berniat menjatvhkan maru4h atau memperm4inkan perasaan kaum hawa dengan cara begitu sebaliknya sekadar mencuba nasib serta mungkin sudah tiba masa untuk berkahwin.

Muhammad Naquib yang menetap di Skudai berkata, apa yang dilakukannya bukan kerana terdes4k atau disebabkan des4kan mana-mana pihak namun ia berlaku secara tidak dirancang.

“Saya tak pernah terfikir buat macam ini, semua berlaku secara sp0ntan. Saya rasa tidak sal4h mencuba lagipun memang saya masih solo.

“Walaupun begitu, saya serahkan segala-galanya kepada Allah dan ‘follow the flow’ kerana perlu mengenali hati budi masing-masing terlebih dulu,” kata pemuda yang menetap di Skudai itu.

“Resume’ yang menceritakan perihal diri itu sebenarnya saya buat sekadar suka-suka untuk ‘presentation’ kelas Continuous Medical Education yang dihadiri di Kuala Lumpur.

“Kebetulan waktu itu saya tidak membawa komputer riba membuatkan saya memuat naik aplikasi di telefon bimbit untuk melakukan tugasan itu sebelum timbul idea mencari cal0n isteri dan memuat naiknya di Twitter.

“Tidak sangka perk0ngsian saya itu menarik perhatian ramai dan reaksi warganet malah mendapat sok0ngan keluarga membuatkan saya nek4d meneruskan misi ini,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Naquib memuat naik ‘resume’ bagi mencari calon pengantin perempuan di laman Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

 

Sumber : Harian Metro (Mahaizura Abd Malik), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf