Lepas Kena Marah Sebab Putuskan Cable Earphone Tuannya, Kucing Comel Ini Bawa Balik Anak Ular Sebagai Ganti.

Hiburan Santai Semasa

Gelagat haiwan khususnya kucing sememangnya menghiburkan, lebih-lebih lagi pada peminat kucing. Haiwan berbulu yang berkaki empat ini merupakan haiwan yang comel dan sering mencuit hati dengan telatah dan karenah yang dipamerkannya

Mengikut satu kajian, kucing merupakan haiwan pemburu yang lebih baik berbanding anjing. Kucing memiliki keupayaan survival yang tinggi dan mampu untuk hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.

Menerusi sebuah posting oleh pengguna Facebook dalam group Kami Pecinta Kucing menunjukkan gelagat kucing peliharaannya yang telah dimarahi akibat memutuskan cable earphone.

lepas kena marah sebab putuskan cable earphone, kucing bawa balik anak ular sebagai ganti

lepas kena marah sebab putuskan cable earphone, kucing bawa balik anak ular sebagai ganti

Selepas dimarahi, kucing tersebut telah keluar daripada rumah dan selang sejam kemudian, kucing tersebut membawa balik anak ular sebagai pengganti kepada cable tersebut.

lepas kena marah sebab putuskan cable earphone, kucing bawa balik anak ular sebagai ganti

Mungkin dia nampak cable dengan ular tu sama kot?