Lepas Sebulan Tiada Kes, Wuhan Kembali Aktif Kes Jangkitan COVID-19

Santai Semasa

Selepas lebih sebulan Wuhan mengumumkan sifar kes jangkitan COVID-19, China telah mengumumkan berlaku semula kes jangkitan koronavirus di kawasan terbabit.

lepas sebulan tiada kes, wuhan kembali aktif kes jangkitan covid-19

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), berlaku peningkatan kes dua digit dalam tempoh hampir 10 hari iaitu sebanyak 14 kes jangkitan baru yang disahkan, dengan dua daripadanya adalah kes import.

Bagaimanapun tiada kes kematian baru dilaporkan dalam tempoh sebulan lalu.

lepas sebulan tiada kes, wuhan kembali aktif kes jangkitan covid-19

Menurut Timbalan Pengarah NHC, Li Bin berkata, penularan semula wabak COVID-19 ini adalah berpunca daripada kelemahan sistem penjagaan kesihatan awam di Beijing.

Beliau berkata lagi, negara itu tidak membuat persediaan secukupnya hingga menyebabkan kekurangan dalam tindak balas China.

“Pandemik itu merupakan ujian besar yang menunjukkan Beijing tidak bersedia dari segi sistem kawalan dan pencegahan, sistem kesihatan awam dan aspek lain berkaitan respons kepada kecemasan,”, katanya.

Sumber: Sinar Harian