Menerusi Instagram, Liyana Jasmay memaklumkan bahawa dia dan pelakon Intan Ladyana telah pun tiba di Malaysia awal pagi semalam selepas bercuti dan menjalani penggambaran di Australia.
Menurut Liyana, mereka sepatutnya pulang pada 23 Mac ini tetapi terpaksa memendekkan masa penggambaran untuk pulang lebih baik susulan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia pada 18 Mac.
Dalam pada itu, Liyana berkata dia dan Intan bersedia untuk kuarantinkan diri sendiri selama 14 hari di rumah seperti yang diarahkan serta mematuhi langkah penjagaan kesihatan sebaik mungkin.
“Masa ketibaan kami di Malaysia adalah pada awal pagi 18 Mac, sebaik sahaja bermulanya perintah kawalan pergerakan di negara kita.
“Kami akan kuarantin diri sendiri selama 14 hari seperti yang diarahkan untuk mengenal pasti jika ada gejala yang berlaku,” tulisnya.
Dalam pada itu, Liyana turut menitip kata-kata penghargaan buat pengamal perubatan dan semua individu yang terlibat dalam usaha mengawal wabak COVID-19. Malah, Liyana turut berjanji untuk sama membantu dengan hanya duduk di rumah sahaja.
Terdahulu, Liyana Jasmay antara selebriti yang dikecam teruk oleh netizen susulan tindakannya ke luar negara di saat-saat genting dimana penularan wabak COVID-19 berada di tahap yang membimbangkan.
sumber : rotikaya