“Majlis Agama Perlu Wujudkan Garis Panduan ..”- Giliran Zul Dan Intan Najuwa Di Tegur PU Syed.

Berpaksikan #AdeAmbeTakut di media sosial, PU Syed dilihat begitu lantang dan berani dalam membuat teguran terhadap artis-artis dan mana-mana pihak yang melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum-hukum agama islam.

Sebelum ini, namanya pernah terpalit dalam satu kontroversi apabila pelakon Nabila Huda bergambar dengan anjing menjadi bahan teguran pedasnya, ia meleret apabila ada pihak NGO yang tampil mengajak dirinya berdebat.

Berkenaan dengan gambar aksi panas Zul Ariffin dan Intan Najuwa yang menjadi buah mulut orang ramai, termasuk PU Syed sendiri, gambar itu dikatakan tidak ada kaitan dengan penggambaran drama slot Akasia, Setelah Ku Dimiliki yang menggandingkan mereka berdua.

Nampaknya kontroversi yang melanda Zul Ariffin dan intan Najuwa menjadi semakin hangat apabila aksi panas mereka yang viral baru-baru ini apabila menjadi perhatian ustaz yang lantang dalam membuat teguran, Pencetus Ummah Syed.

Dalam teguran yang dibuat menerusi Instagram, PU Syed menyifatkan kelakuan mereka berdua itu tidak senonoh walau apa jua alasan.Tambah PU Syed lagi, dia sarankan agar Zul Ariffin dan Intan Najuwa sebaiknya bernikah kerana perbuatan itu boleh dilakukan secara halal namun haruslah berbatas.

“Sebaiknya kalian bernikah sahaja, seolah-olah teringin benar ke Neraka”

Bagi PU Syed, ia nampak salah kerana sebagai seorang muslim sudah ditetapkan syarak tentang perkara halal dan haram. Dalam masa yang sama PU Syed juga menegaskan pihak berkuasa untuk menggubal satu undang-undang khas bagi membendung kelakuan artis-artis di Malaysia.

“Ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yg sebenar.”

Antara komen-komen pengikut PU Syed yang menyokong kenyataan beliau namun ada juga yang kurang setuju dengan teguran terbuka ini.

alias2186 Sokong ustaz,halal dan haram jgn d amk mudah,sb ajal maut tak tahu bila dtg,takut tak sempat nak bertaubat, astafirullahadhzim

bro_due Terbaik ustaz..jarang ada ustaz yang berani tegur artis secara direct..

bawalctredzuan Mcamana pula dgn kes sajat ustaz. Kenapa jakim tak ambil tindakan

el_guapo552 Nak tanya.. apa hukum tegur secara terbuka mcm ni? Mungkin jwpn PU, selebriti2 tu dah memang post secara terbuka kn, tapi bkn smua orang tgok post tu, mungkin ada yg segelintir tahu cerita ni melalui post PU, bkn kah ni dipanggil mmbuka ‘aib?

#hanyabertanya

 

sumber : monyet hijau

error: Content is protected !!