Majlis pernik4han dibenarkan? Nantikan SOP baharu hari ini

Foto: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berkenaan majlis pernik4han pada Selasa (10 November).

Religious affairs minister Zulkifli Mohamad tests positive for Covid-19 | The Star

Ismail Sabri berkata SOP yang akan dibentangkan di Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu melibatkan majlis pernik4han dan bukannya majlis perkahwinan.

“Kami sudah bincang tempoh hari. Kami akan benarkan (majlis pernik4han), maksudnya untuk bernik4h sahaja.

“Bernik4h tidak perlu upacara yang ramai.

“Mungkin di pejabat kadi pun boleh bernik4h di sana,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin.

Foto: Gambar Hiasan

Bagaimanapun, katanya, belum ada kepastian sama ada SOP itu melibatkan pernik4han di rumah atau jabatan agama Islam.

Katanya lagu, pengumuman berkenaan SOP itu akan dilakukan mengikut kesesuaian negeri masing-masing

“Apabila melibatkan agama, apa sahaja perlu mengikut kesesuaian dan keputusan negeri masing-masing.

“Apabila diumumkan Dr Zulkifli, ia melibatkan Wilayah Persekutuan sahaja kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama manakala di negeri-negeri ialah di bawah kuasa Sultan negeri.

“Cuma apa yang kami harap apabila SOP diumumkan, ia boleh diguna pakai negeri lain sebagai panduan,” katanya.

Tambahnya, negeri-negeri berhak membuat keputusan sendiri mengikut kesesuaian.

Menteri Agama hadir majlis pernik4han Erra Fazira

Beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Erra Fazira di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pagi tadi.

Ucapan tahniah itu dimuat naik di laman Facebook miliknya selepas dia menghadiri majlis pernik4han yang dijalankan dalam masa tidak lebih 20 minit.

Tetapi, pasangan Erra Fazira yang dimaksudkan bukanlah penyanyi dan pelakon, tetapi seorang daripada pasangan yang bernikah sewaktu Per1ntah Kaw4lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan di Lembah Klang.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

 

Sumber: Astro Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf