“Mak Dah Jumpa Calon..”- Layan Lagu ‘Rock Kapak’ Dalam Kokpit, Pilot Wanita Cantik Ini Jadi Tumpuan.

Tular di Twitter gara-gara layan lagu rock kapak dalam kokpit kapal terbang, juruterbang wanita bernama Khaysa Faizal ini mula menjadi tumpuan ramai. Selain memiliki wajah yang cantik, ramai yang memuji kepintarannya sehingga menjadi seorang pilot. Bukan calang-calang tau!

video yang berdurasi 0:15 saat itu menunjukkan gadis comel ini memainkan lagu Taman Rasyidah Utama daripada Wings sambil bekerja. Siapa sangka gadis cantik yang mempunyai wajah seiras pelakon Lisa Surihani ini layan lagu rock dulu-dulu kan?

Memiliki ketinggian dan wajah persis model, Khaysha juga mempunyai lebih 200k pengikut di Instagram. Ketika ditemubual Harian Metro, gadis ini memberitahu berbangga menjadi sebahagian daripada warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang Kapten, batasan jantina bukanlah penghalang baginya.

Sumber : Khaysha Faizal via OHbulan

error: Content is protected !!