Kisah Mak Ngah Rokhimah yang ntizen ‘hent4m’ Lembaga Zakat Kedah, Ini apa yang sebenarnya terjadi

Susulan isu tular mengenai seorang penerima bantuan zakat bernama Rokhimah Ismail oleh media tempatan baru-baru ini, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di atas keprihatinan dalam isu ini.

Kesan daripada isu yang tular ini, ramai netizen yang mengec4m dengan kata-kata kesat terhadap agensi-agensi bantuan negeri terutamanya Lembaga Zakat Negeri Kedah seolah-olah tidak pernah ada sekelumit usaha untuk mengagihkan zakat para pembayar dengan telus dan amanah.

Kisah Cik Rokhimah Ismail..

Untuk makluman semua, cik Rokhimah Ismail, 67 tahun belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Beliau sebelum ini yang tinggal bersama saudara-maranya juga mempunyai beberapa buah rumah lain milik keluarga yang cukup dengan kemudahan asas serta boleh didiami berhampiran dengan rumah uzur yang ditularkan tersebut.

Ada di antara rumah tersebut yang masih tidak berpenghuni dan telah dijadikan rumah sewa lengkap dengan kelengkapan lain seperti elektrik dan air. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, Makngah Rokhimah telah mengambil keputusan untuk kembali ke rumah uzur tersebut dan tinggal di sana.

Susulan keputusan tersebut, Makngah Rokhimah juga telah berkali-kali dipujuk oleh ahli keluarga untuk berpindah ke rumah yang lebih elok dan selesa berhampiran tersebut namun ditolak beliau.

Pihak LZNK turut berkesempatan bertemu dengan anak saudara Makngah Rokhimah iaitu En. Shariman.

Menurut beliau, “Kami dah cuba memujuk mak ngah untuk tinggal dirumah lain milik keluarga tapi mak ngah masih berkeras nak tinggal disitu. Saya bagi pihak keluarga memohon supaya orang ramai tidak salah sangka dengan berita yang diviralkan di media sosial kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej kami sekeluarga.” katanya.

Selain itu, LZNK juga telah menawarkan pilihan kepada beliau untuk berpindah dan tinggal di sebuah Pondok Pengajian yang berada di bawah seliaan LZNK yang lengkap dengan kemudahan asas dan pendidikan namun tawaran tersebut turut ditolak beliau.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Makngah Rokhimah adalah merupakan penerima bantuan kewangan LZNK secara bulanan sebanyak RM200 bermula daripada tahun 2018 sehingga 2020 selain pernah menerima bantuan kewangan zakat sekaligus berjumlah RM300.00 pada Disember tahun lalu.

Beliau juga menerima bantuan makanan ‘Food Bank’ LZNK melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid bagi meringankan beban beliau. Selain itu, Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah juga turut diterima beliau sebanyak RM500.00 sebulan.

Mak Ngah punyai aset bernilai RM1.7 juta!

Hasil siasatan bersama anak saudara beliau juga, Makngah dan keluarga mempunyai tanah sawah yang diberi sewa sebanyak RM1,700.00 dan dibayar secara giliran kepada 6 orang adik-beradik yang lain termasuk beliau.

Menurut En Shariman juga, anggaran nilai tapak hartanah yang didiami Makngah Rokhimah beserta 6 buah rumah milik beliau dan ahli keluarga sahaja sebenarnya telah mencecah nilai RM1.7 juta.

Walau bagaimanapun, pihak LZNK bersyukur hasil rundingan semula pihak LZNK bersama Makngah Rokhimah dan ahli keluarga beliau pagi tadi, Makngah Rokhimah akhirnya bersetuju untuk berpindah ke rumah berhampiran milik mereka yang lebih selamat untuk didiami.

LZNK sentiasa komited dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat dalam masa yang sama perlu memastikan ia selari dengan ketetapan hukvm syarak serta garis panduan asnaf yang sebenar. Sehubungan itu, pihak LZNK amat menghargai keprihatinan semua yang amat mengambil berat dengan isu-isu yang melibatkan institusi zakat.

Harapan kami agar setiap maklumat yang diterima harus disemak dahulu sebelum ditular meluas di media sosial bagi mengelakkan daripada timbulnya f1tnah kepada asnaf mahupun institusi zakat sendiri.

Dalam kita ghairah memberi komen, cacian dan cercaan kepada semua pihak, alangkah baiknya sekiranya kita menahan jari jemari kita dengan menyiasat dan bertabayyun terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang terlibat.

Sesungguhnya institusi agama ini tidak akan berdiri teguh jika bukan dengan sokongan semua saudara-saudara Islam kita yang sama-sama berganding bahu menunjukkan keprihatinan bagi membantu golongan yang memerlvk4n.

Jika anda terjumpa asnaf atau ingin mendapatkan kepastian atau menyemak status asnaf yang dibantu oleh LZNK, anda boleh memuat turun aplikasi Zakat On Touch di telefon masing-masing atau menghubungi kami di talian 04-7331740, whatsapp 019-4181740 atau emelkan aduan anda di aduan@zakatkedah.com.my.

Terima kasih.

Lembaga Zakat Negeri Kedah

3 Februari 2020

Rokhimah penerima bantuan bulanan zakat, JKM

Beberapa hari lalu tular kisah Mak Ngah Rokhimah Ismai atau Mak Ngah yang hidup serba ked4ifan dirumah papan yang tidak sempurna.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) men4fikan mereka tidak mengambil peduli nasib warga emas, Rokhimah Ismail, 67, yang tinggal di rumah daif di Lorong Ayer Putih, Jalan Pegawai, di sini, seperti yang ditularkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Othman berkata, sebaliknya wanita yang tidak pernah berkahwin itu adalah penerima bantuan bulanan RM200 sejak 2018 dan pernah men0lak tawaran tinggal di pondok pengajian seliaan LZNK yang lengkap dengan kemudahan asas.

Sebelum ini, media melaporkan Rokhimah terpaksa mendiami rumah pusaka yang da1f dan hanya menunggu masa untuk menyemb4h bumi menyebabkan ramai pihak tampil membantunya.

“Saya selalu terjatvh akibat terp1jak lantai rumah yang repvt. Keadaan dalam rumah basah setiap kali hujan.

“Tapi apakan daya saya tidak mempunyai wang untuk bina rumah baharu kerana hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM350 dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) RM200 sebulan untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Rokhimah Ismail, 67,berada di luar rumahnya. FOTO IHSAN GPMS

Rokhimah berkata, wang itu hanya cukup untuk menampung kehidupannya membeli makanan dan barangan keperluan serta membayar bil elektrik dan air.

Katanya, dia lebih senang tinggal di situ walaupun pernah diajak berpindah ke rumah salah seorang adiknya di Jitra.

“Saya pernah memohon rumah daripada LZNK pada Ogos tahun lalu dan sangat berharap rumah pusaka ini akan dapat diganti dengan rumah lebih selesa,” katanya.

Makcik Rokhimah tidur bertemankan air hujan di rumah usang

Terdahulu, Rokhimah menerima kunjungan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kedah, Hazwan Haniff dan Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah, Amirul Syahir Musa yang menghulurkan sumbangan makanan asas.

Hazwan berkata, pihaknya akan membantu Rokhimah menyemak permohonan pembinaan rumahnya melalui LZNK dalam usaha membantu memberikan kehidupan lebih baik kepada wanita yang tinggal seorang diri itu.

“Keadaan rumah Rokhimah sangat daif dan tidak terurus, kami sendiri tidak berani naik ke atas ramai-ramai, t4kut jatvh kerana lantai rumahnya sudah repvt.

“Jadi saya akan cuba bantu berhubung dengan LZNK untuk mengetahui perkembangan permohonan rumah baharu Rokhimah,” katanya.

 

Sumber: HMetro, haliabara

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf