“Makcik Dah Tua, Tunjuk La Contoh Baik”-Rakan Video Memarahi Servis Restoren, Datin Ini Teruk Di Kritik.

Hiburan

Seorang individu mencetuskan kekec0han di sebuah restoran di Putrajaya apabila mendakwa pelayan restoran tersebut lambat mengambil pesanan keluarganya.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di Twitternya, @zzabidin, dia mem4rahi dan mem4ki hamvn restoran terbabit sambil merakamkan muka pelayan tersebut.

“Macam ni ke awak jalankan tugas? Tak ikhlas langsung. Saya akan viralkan restoran ni, jangan ada orang pergi sini”, jeritnya di dalam video tersebut.

Video berdurasi hampir 1 minit itu kemudiannya tular apabila ramai netizen mempertahankan pekerja yang dimarahi itu.

 

Ramai netizen berpendapat teguran seperti itu perlu disalurkan pada saluran yang betul lebih tepatnya pada pengurus restoran berbanding menggunakan kuasa media sosial.

Netizen turut mempersoalkan tujuan makcik tersebut memuatnaik video tersebut di Twitter kerana kali terakhir makcik tersebut menggunakan Twitternya adalah pada tahun 2012.

Fedtri Yahya juga turut menitipkan komennya..

Daripada hasil carian netizen juga, mendakwa datin tersebut merupakan seorang isteri kepada komposer terkenal.

Tersalah mahu tularkan orang, nampak makcik tersebut pula yang diaibkan netizen.

sumber : astro gempak