Wang simpanan makin svsut, Man Raja Lawak terpaksa hentikan bantuan- “Saya pun dah lama takda j0b, tapi saya usaha selagi boleh”

PELAWAK Man Raja Lawak berasa sed1h apabila terpaksa menghentikan bantuan kepada individu yang terjejas akibat pandamik c0v1d-19 berikutan wang simpanannya yang semakin susut.

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim, 44, berkata, dia tidak dapat meneruskan bantuan kerana perlu bersiap sedia bagi meneruskan kehidupannya sendiri dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan.

“Buat masa sekarang ni saya hentikan untuk memberi bantuan tapi bukan sebab tak cukup simpanan.

“Saya pun sekarang ni kena bersedia sebab dengar khabar PKP akan diteruskan tambahan sekarang tak ada program dan saya sendiri berg4ntvng dengan simpanan. Saya pun takda job dah lama, tapi saya usaha selagi boleh.

“Saya ni pun bernasib baik sebab saya pandai simpan, tak berj0li dan tak hisap r0k0k jadi ada la simpanan saya beringat sebelum jatuh,” katanya kepada mStar pada Rabu.

Posting Man menerusi instagram miliknya ada individu yang memaksa dia untuk bagi bantuan.

Sebelum ini, pada PKP tahun lalu, Man berkongsi wang kemenangan ketika menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 berjumlah RM50,000 kepada rakyat Malaysia yang berdepan kesem.pitan hidup ketika p4ndemik c0v1d-19.

“Sebelum ni yang PKP lalu saya bantu sebab time kebetulan saya menang Maharaja Lawak Mega jadi saya guna duit tu untuk bantu orang.

“Saya guna duit simpanan saya sendiri dan tak ada minta dengan siapa-siapa untuk menghulur bantuan.

Saya pun sekarang ni kena bersedia sebab dengar khabar PKP akan diteruskan.

MAN RAJA LAWAK

PELAWAK

“Buat masa sekarang ni secara kasar dalam RM8,000 hingga RM9,000 saya dah keluarkan untuk bantu mereka yang memerlvk4n,” ujarnya.

Sementara itu, Man berkata, setiap hari dia menerima mesej di Instagram yang memohon bantuan, malah katanya, ada juga yang cuba mengambil kesempatan terhadap niat baiknya itu.

Sebelum ini Man gunakan wang kemenangannya Maharaja Lawak Mega 2019 untuk hulur bantuan PKP lalu.

Tambah Man, dia kini memilih golongan yang betul-betul memerlvk4n dan ahli keluarga yang kesem.pitan terlebih dahulu.

“Sekarang ni boleh dikatakan hari-hari orang DM (mesej langsung). Saya sudah minta maaf bantuan dah tvtup tapi ada juga yang masih memaksa.

“Kita nak bagi ni kadang-kadang kena pilih takut ada orang yang ambil kesempatan dan bagi orang yang sama. Buat masa ini saya kena dahulvk4n keluarga, jiran, adik-beradik dulu. Selagi saya ada duit simpanan saya akan tolonglah,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf