“Mana Kaki Ibu..Kaki Dah Tak Rasa Nak oii “- DS Siti Kongsi Kisah Berjaya Habiskan Kayuhan 72 KM Kerana Aafiyah.

Hiburan

Dato Seri Siti Nurhaliza sering berkongsi minat beliau berbasikal pada setiap hujung minggu . 

Hari ini nampaknya Siti telah mencabar dirinya menyertai larian ‘RHB Langkawi Ride 2019’ untuk kategori wanita 72km.

Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km.. – tulisnya

Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km.. Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh(geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat ..

Terjatuh sebelum mula acara

Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ .. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu)

Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan .. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee.. hahahah…

Siti Aafiyah penyuntik semangat nak abiskan 72km

Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni.. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat .. Not bad uhh!!

Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019#jomcarikakiibuaafiyah

 

 

 

 

 

 
 
 
View this post on Instagram
 

 

 

 

 

 

 
 

 

 
 

 

 

 

 

 

Proud of my achievement 🚴‍♀️🚴‍♀️ 72 km 3hours 13minutes 30 seconds .. no 22 #rhblangkawiride2019 #ibuaafiyah #31330 #72km #teamCTDK

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Peminat mahupun rakan artis turut teruja atas kesungguhan Dato Siti 

kaki tak rasa…

hebat menyanyi hebat mengayuh ..

sumber : IG ctdk