Masuk Raya kedua, Hulu Langat Kembali Menjadi Zon Merah 106 kes aktif.

Semasa Tempatan

HULU Langat kini merekodkan tiga angka kes aktif C0vid-19 dengan pertambahan 36 kes baharu, semalam.

Jumlah kes aktif di daerah itu kini berjumlah 106 kes berbanding 70 kelmarin dan secara keseluruhan kes terkumpul adalah 592 kes.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman sosial Twitter memaklumkan, Selangor mengalami peningkatan selama tiga hari berturut-turut.

“Hari ketiga catat peningkatan dan sebahagian besar disumbang kes depoh tahanan Imigresen iaitu 28 kes Depoh Tahanan Semenyih serta lapan kes Tabligh Madrasah An-Nabawiyah di Hulu Langat.

“Enam kes depoh tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan empat kes Kampung Orang Asli Tun Razak,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan C0vid-19 Selangor (STFC) di Twitter, Selangor mencatatkan 46 kes baharu C0vid-19 setakat 12 tengah hari semalam.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes terkumpul jangkitan C0vid-19 di Selangor kini berjumlah 1,776 kes.

Sementara itu, tujuh daerah yang masih kekal berada di zon kuning adalah Petaling (26), Gombak (21), Sepang (11), Kuala Selangor (9), Hulu Selangor (15), Klang (4), dan Sabak Bernam (3),manakala Kuala Langat pula kekal di zon hijau.

Sehingga kini, Selangor merekod 1,502 kes sembuh, manakala kes aktif meningkat kepada 150 dan kematian kekal pada angka 22.

Selepas 12 hari, dua mukim di Selangor kembali ke zon merah

Maklumat mengenai jumlah jangkitan C0vid-19 di Selangor yang dikongsikan STFC di Facebook rasminya.

TERDAHULU, setelah hampir 12 hari kesemua 56 mukim di Selangor bebas daripada zon merah, semalam dua mukim kembali dikategorikan sebagai zon merah mempunyai kes aktif koronavirus (C0vid-19) masing-masing di Semenyih dan Hulu Langat.

Pasukan Petugas Pencegahan C0vid-19 Selangor (STFC) menerusi info grafik dikongsikan di akaun Facebook rasminya memaklumkan Semenyih mencatat 52 kes manakala Hulu Langat mempunyai 44 kes aktif C0vid-19.

Menurut kenyataan dikeluarkan, sebanyak 46 kes baharu dicatat sehingga jam 12 tengah hari semalam menjadikan kes terkumpul sebanyak 1,776 kes.

“Kes baharu meningkat lebih tinggi daripada semalam iaitu 46 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya bertambah kepada 1,776 kes di Selangor.

Pesanan STFC – Amirudin Shaari, Menteri Besar

“Sambutlah Aidilfitri dengan penuh waspada dan patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD). Jaga kebersihan, amalkan penjarakan sosial serta pakai topeng muka,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook STFC itu.

Dalam pada itu setakat jam 12 tengah hari semalam, seramai 1,502 pesakit dilapor telah sembuh, 195 kes masih aktif dan sejumlah 22 kematian direkod akibat dijangkiti virus C0vid-19 di Selangor.

Hanya sebuah daerah iaitu Kuala Langat ditakrif sebagai zon hijau, enam lagi daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Sepang, Gombak berada di zon kuning manakala Hulu Langat masih ditakrif sebagai zon merah.

“Selepas rekod 12 hari, mukim Hulu Langat dan Semenyih kembali ke zon merah semula. Dengan ini, sebanyak dua mukim zon merah dicatatkan bagi seluruh Selangor.

“Jadikan sambutan Aidilfitri ini sekadar cukup mengeratkan hubungan keluarga. Tidak perlu ziarah dan bersalaman.

“Maksimumkan penggunaan teknologi, buat ziarah maya menggunakan WhatsApp Call, ‘video conferencing’ dengan Google Duo, Zoom dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

 

Sumber: Harian Metro, STFC19