“Mawar Karim Dah Kahwin?”- Tular Foto Berbusana Putih Dengan Ucapan Tahniah!

Wajah jelita Mawar Karim sangat dikenali ramai dengan jenama tudung terkenal miliknya, Fareeda. Usahawan berusia 32 tahun itu pernah bergelar isteri kepada aktor Fizo Omar dan merupakan antara selebriti yang memiliki ramai peminat setia.

Tiada angin tiada ribut, semalam ada individu yang dipercayai penata rias artis iaitu @tymfatimah, berkongsi sekeping gambar usahawan tersebut menerusi InstaStory.

Namun, apa yang menjadi perhatian dalam gambar berkenaan adalah Mawar telah siap disolek dan tampil cantik memakai busana pengantin berwarna putih.

“Congrats Mawar Karim,” tulisnya ringkas pada gambar terbabit.

Ternyata, kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut pasti mengundang persoalan dalam fikiran warganet yang melihatnya. Adakah Mawar sudah bernikah? Kalau benar, dengan siapa? Tidak sangka, diam-diam ubi berisi.

Tambahan lagi pada awal tahun ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu ada memuat naik gambar ‘tangan seseorang’ yang dihulurkan ke arah dirinya di laman Instagram.

Sejak itu ramai mula tertanya-tanya, adakah Mawar sudah berpunya dan siapakah gerangan jejaka bertuah tersebut. Bagaimanapun, sehingga kini empunya diri masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai hal berkenaan.

Ingatkan nikah rupanya..

Berbalik semula kepada cerita asal tentang ‘pern1kahan’ Mawar, apabila meninjau kembali ke InstaStory @tymfatimah, rupa-rupanya gambar berbusana pengantin itu bukanlah untuk majlis akad n1kah, namun ia hanyalah untuk ‘photoshoot’ semata-mata.

Aduhai, tert1pu sudah para peminat tetapi, mesti ada juga yang berasa lega kan?

“Tak cukup syarat sah kahwin ni. Pengantin lelaki takde. Mawar Karim masih ‘available’,” tulis penata rias itu pada gambarnya.

Selepas Hannah Delisha, ingatkan Mawar pun nak kahwin secara mengejvt juga. Jadi, bawa bertenang ya semua. Bak kata @tymfatimah, usahawan itu masih ‘available’. Semoga maju jaya!

K0ngsi Gambar Tangan Lelaki Misteri, Mawar Karim Sudah Temui Pengganti Fizo Omar?

Sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim mencetvskan tanda tanya apabila berk0ngsi beberapa keping gambar tangan lelaki m1steri di Instagramnya.

Enggan mend3dahkan wajah pemilik tangan berkenaan, Mawar membiarkan peminatnya berteka-teki akan individu berkenaan.

Pada masa sama, Mawar menulis bingkisan dan iltizamnya sempena kedatangan tahun baharu 2021.

“Buat 2021, saya mahukan lebih cabar4n, berhubung dengan lebih ramai orang yang baik-baik, belajar perkara pos1tif dan lebih kuat,” kata Mawar.

Sementara itu, menerusi ruangan Instagram Stories, Mawar ditanya mengenai pengganti b3kas suaminya, Fizo Omar.

“Tiada istilah pengganti dalam perhubungan. Bagi saya, bukan macam baju boleh tukar ganti.

“Dalam perhubungan bukan senang nak jumpa soulmate yang betul-betul ikhlas dengan kita kerana Allah,” jawab Mawar.

Ditanya juga sama ada Mawar akan kembali bersama Fizo, usahawan tudung terkenal itu menyifatkan soalan terbabit terlalu peribadi.

“Maaf soalan itu terlalu peribadi saya tak boleh jawab. Benda dah lepas tak perlu dipersoalkan, diulang lagi.

“Terima kasih kalian yang sentiasa memahami saya. Wanita kena kuat dan terus survive. Hanya orang yang lalui fasa perkahwinan dan penc3raian sahaja memahami apa yang dilalui,” kata Mawar.

Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

 

Sumber: Instagram @tymfatimah, Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf