May4t Nora Ditemui Di Air Terjun, Dia Ada Beritahu Keluarga Tak Sabar Nak Pergi Air Terjun.

Lawak & Seram

Menurut Daily Mail, Ibu bapa Nora Quoirin telah sahkan mayt berkeadaan tidak berpakaian yang ditemui pasukan SAR di air terjun merupakan anak mereka yang hilang sejak 10 hari lalu.

Nora ditemui oleh pendaki sukarelawan selepas pencarian intensif dilakukan di sekitar kawasan The Dusun tempat dia bercuti bersama keluarganya itu.

Nora telah memberitahu keluarganya yang dia tak sabar untuk pergi ke air terjun tersebut sejurus mereka tiba di resort itu.

May4t Nora dibawa keluar dari hutan oleh helikopter dan diterbangkan ke Hospital Seremban pada jam lebih kurang 2 petang tadi.

May4t berkulit putih ini ditemui masih sempurna ketika pihak forensik dan patologis bergegas ke kawasan air terjun selepas mendapat panggilan kecemasan.

Bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian. Pihak polis tak mahu berikan komen lanjut tentang apa-apa kecederaan pada tubuh badan Nora.

Pihak polis juga mengesahkan kes ini masih diklasifikasikan sebagai kes orang hilang tapi siasatan jenayah tetap dijalankan.

Nora hilang pada 4 Ogos lalu dengan berkaki ayam dan memakai baju tidur.

 

sumber : lobak merah