“Memaafkan Itu Sunnah, Namun Saya Tidak Akan U Turn”- Bekas Isteri Dai Farhan

Hiburan

Sebelum ini isteri kepada Dai Farhan, Dr Erin ada berkongsi gambar menziarahi bekas isteri suaminya, Ustazah Fatin dan anak tirinya.

Apa yang menarik perhatian adalah gambar mereka berpelukan menggambarkan hubungan yang telah baik .

Ada yang memberi pendapat agar Dai Farhan merujuk kembali bekas isterinya itu. Namun Dr Erin hanya membalas dengan meminta semua untuk sama-sama mendoakan buat mereka.

Lain pula status Ustazah Fatin Nurul Ain selepas isteri bekas suaminya itu berkongsi gambar mereka. Menurutnya sikap memaafkan adalah Sunnah dan berakhlak mulia.

Ujian yang datang untuk manusia mengambil ibrah pengajaran. .

Rasulullah SAW ajar supaya kita berakhlak dengan akhlak mulia.
Saya juga manusia yang lemah, tidak lari dari kesilapan. Memaafkan itu sunnah.

Beliau juga seolah memberi bayangan kepada netizen yang berharap agar mereka di rujuk kembali


InshaaAllah saya tidak akan “U-turn” dengan ujian yang pernah saya lalui dan terus kuatkan diri bersama keluarga saya dan anak2 saya..InshaaAllah.

Semoga membawa kebaikan kepada semua.. Mohon doakan..

Ramai  memuji keperibadian ustazah  Fatin yang masih boleh memaafkan dan berdepan dengan pihak yang pernah melukakan hatinya.

Begitu la indahnya hidup jika kita tidak menyimpan sebarang perasaan dendam . Buang yang keruh dan ambik yang jernih.

sumber : FB Ustazah Fatin, Coretan Ummi