“”Memanglah, I Melayu.. Tak kan I datang setahun dah jadi British.. IC ‘03’ kot “- Athisha Khan Lebih Selesa Kecek Kelante.

Hiburan

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Athisha Khan lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan.

Mengulas perkara itu menerusi video tutorial solekan terbarunya di YouTube, remaja berusia 21 tahun itu hanya pandai bercakap dalam dialek Kelantan kerana tidak tahu wujudnya bahasa lain semasa kecilnya.

“I hanya pandai cakap bahasa Kelantan sahaja masa mula-mula pindah ke KL. I langsung tak pandai cakap bahasa Inggeris.

“Masa mula sekolah, I cakap bahasa Kelantan dengan semua orang. Lama-lama I mula belajar cakap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. I belajar bahasa Inggeris menerusi kelas tuisyen di Bangsar. Sha pandai baca sebab cikgu tuisyen tu lah”, ujarnya lagi.

Kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dengan perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom, Athisha akui dia lebih selesa berbahasa Inggeris.

Mempunyai saluran YouTube sendiri, Athisha Khan, ramai yang memuji kemampuan Athisha bercakap bahasa ibundanya.

Tapi dalam pujian, ada juga netizen yang menyatakan dia tidak mempunyai aksen meskipun menetap di London.

“Memanglah, I Melayu. Tak kan I datang setahun dah jadi British. IC I ‘03’ kot, I tak lupa daratan, I bukan kacang lupakan kulit”, jelasnya lagi.

Video toturial solekan Athisha itu sehingga kini telah mendapat hampir 150,000 tontonan.

Athisha Khan merupakan anak ketujuh dari sembilan adik-beradik. Dia kini mempunyai 101,000 pengikut di Youtube dan 280,000 pengikut di Instagram.

Sumber: Instagram @athishakhan via Gempak