DATUK Hattan

Membebel Dalam Loghat Negeri Sembilan, Video Kesedaran PKP Hattan Di Terima Baik.

Hiburan

“SAYA buat atas kesedaran sendiri tanpa disuruh. Ia kerana rasa tanggungjawab kepada negara. Tambah lagi masyarakat seperti tak ambil peduli nasihat kerajaan untuk jaga diri,” kata penyanyi, Datuk Hattan mengulas berkenaan video pesanan masyarakat yang dihasilkannya.

Video yang menuntut keprihatinan masyarakat agar menjaga diri daripada pandemik Covid-19 ini tular dan disukai ramai kerana tampil dalam loghat Negeri Sembilan.

Hattan, 55, atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin berkata, dia memilih pendekatan santai bagi menyampaikan mesej terbabit.

“Saya fikir kalau tegur secara serius sangat masyarakat tak terima. Kalau dengan cara ini ramai yang dengar. Rasanya ramai yang suka dengan cara saya.

“Sebagai orang yang berpengaruh, kita kena kongsikan hal begini. Kalau nak mengharapkan kerajaan semata-mata pun tak boleh juga.

“Nak kena ada timbulkan sifat kesedaran baru orang perasan bahayanya keluar tanpa sebab dan tanpa penjarakan sosial,” katanya.

Dalam masa sama, cara Hattan itu secara tidak langsung membantu kempen #kitajagakita Kementerian Kesihatan serta kempen kerajaan #kitamestimenang.

“Seperti saya katakan tadi, saya buat kempen begini untuk kesedaran masyarakat tanpa apa-apa bayaran.

 

View this post on Instagram

 

Bersyukur laa.. #kitamestimenang #pkp #covi̇d19 #kkm

A post shared by Hattan (@dato_hattan) on

“Alhamdulillah…sambutan baik dan hampir setiap hari orang bertanya tiada video kempen terbaru kah?,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Memburu Rindu ini juga aktif turun padang bagi mengagihkan sumbangan kepada penggiat seni yang terkesan akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia pernah mengagihkan barangan keperluan dapur kepada 60 penerima merangkumi rakan artis, bekas wartawan dan bekas kakitangan Perhubungan Awam syarikat rakaman.

 

View this post on Instagram

 

Ghayo totap ghayo walaupun 😆😆😆 #covid_19 #stayathome #kitamestimenang #kkm #rayatetapraya @hattanexclusive

A post shared by Hattan (@dato_hattan) on

sumber : hmetro