(Video) Penduduk Panik Bertempiaran, Air Laut Pasang MeIimpah Sampai ‘Mall’ Banj1r

Luar Negara Viral

Air laut yang meIimpah deras secara tiba-tiba sehingga membanj1ri bandar Manado, Sulawesi Utara, ternyata menimbulkan panik ramai.

Menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial, air laut dilihat mengalir deras dan memasuki jalan raya sehingga menyebabkan banj1r di pusat membeli-belah Madano Town Square dan kawasan sekitarnya.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Utara, Kombes Jules Abraham Abast berkata, bencana banj1r itu berlaku disebabkan oleh gelombang laut pasang setingi hampir empat meter.

”Banj1r di Manado kemungkinan disebabkan oleh gelombang laut pasang dan naik secara ekstrem,” kata beliau ketika dihubungi Detik News.

Kata beliau, lokasi kawasan tersebut yang kebetulan berada di kawasan pantai juga boleh menyebabkan banj1r dan berharap ianya merupakan fenomena alam biasa.

Penduduk juga diminta berwaspada dan menjauhi lokasi banj1r untuk sementara waktu bimbang sekiranya kejadian tersebut berulang.

Berdasarkan perkembangan terbaharu, banj1r di kawasan itu telah surut namun dipenuhi selut serta sisa dan sampah sarap yang banyak.

Gambar: TwitterGambar: Twitter

 

Sumber: TwitterDetik News, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.