Menangis Di Hari Pertama Persekolahan, Adik Haikal Kini Dah Pandai Baca Fatihah.

Hiburan

INGAT lagi video seorang budak yang men4ngis pada hari pertama sesi persekolahan tadika yang tular di media sosial, awal tahun ini? 

Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak yang menangis cuba dipujuk gurunya, dan dia cuba mengingati nombor telefon ibunya untuk dihubungi.

Dia yang men4ngis teresak-esak itu kemudian berteriak sampai tidak ingat dunia sebaik diberitahu ibunya pergi bekerja, sekali gus telatahnya mencuit hati netizen.

Paparan skrin video yang tular awal tahun ini.

Terbaharu selepas tiga bulan video tersebut tular, sebuah video lain mengenai kanak-kanak berkenaan dikongsikan di media sosial pada Sabtu.

Video berdurasi kira-kira 1 minit dan 36 saat itu dimulakan dengan rakaman yang tular pada Januari lalu dimainkan semula di hadapan kanak-kanak tersebut, dan kendengaran suara bertanyakan sebab dia menangis ketika itu.

“Takut… masa kat sekolah, sekerat hari je. Menangis teruk sangat,” katanya secara bersahaja.

Si cilik itu kemudian diminta untuk mengingati nombor telefon ibu bapanya, berikutan terdapat sedikit kesilapan semasa menyebutnya di dalam video terdahulu.

Lebih mesra dengan panggilan Haiqal, kanak-kanak itu dengan lancar menyebut nombor telefon kedua-dua ibunya, sambil memberitahu ‘senang’ mengingatinya.

Muhammad Emir Haiqal. Foto ihsan Muhamad Amin Othman

Bapa Haiqal, Muhamad Amin Othman, 32, memberitahu, anaknya yang berusia lima tahun itu hanya menangis pada hari pertama sekolah dan kini lebih ceria. Macam-macam lagu dia nyanyi. Lagu yang selalu dia nyanyi adalah Luluh nyanyian Khai Bahar.

Katanya, Haiqal atau nama sebenarnya Muhammad Emir Haiqal yang dilahirkan di Kluang, Johor merupakan anak yang petah bercakap dan rajin mengaji.

“Sebelum masuk tadika lagi, Haiqal sudah belajar mengaji di rumah. Haiqal memang seorang yang petah bercakap, ada saja yang nak diceritakannya kepada kami.

“Bukan setakat ABC, 123, dan surah Al-Fatihah serta ayat Kursi, bahkan juga zikir. Dia seorang yang cepat hafal apa yang didengarnya,” katanya sambil menambah mereka sekeluarga menetap di Ipoh, Perak.

Muhamad Amin (kiri) bersama Haiqal (dua, kiri), isteri dan anak keduanya.

Mengenai anak sulung daripada dua beradik itu, Muhamad Amin berkata, Haiqal juga suka menyanyi dan belajar daripada apa yang didengarnya di radio.

“Macam-macam lagu dia nyanyi. Lagu yang selalu dia nyanyi adalah Luluh nyanyian Khai Bahar. Kadang-kadang saya pun turut sama nyanyi lagu tu bersama Haiqal.

“Saya dulu pun suka menyanyi, terutama masa di sekolah menengah mewakili Perlis ke Festival Nasyid Kebangsaan Sekolah-Sekolah 2004 di Kuala Lumpur dan kami dapat tempat ketiga,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Perlis.

Masih terlalu awal untuk melihat sama ada Haiqal akan mengikut jejak langkahnya menyertai pertandingan nyanyian di sekolah, tetapi Muhamad Amin memberitahu, anaknya itu mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan.

“Kami sebagai ibu bapa sudah tentu akan sentiasa memberi sokongan kepada dia untuk berjaya dan menjadi yang terbaik,” ujarnya.

 

https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/videos/2184259368332552/

Video Facebook Viral Media Johor

Sumber: Mstar