Menangis Di MeleTOP, Haneesya Hanee Beri Ucapan Untuk Ibu &Padam Gambar Memori Dewi Remaja.

Hiburan

Haneesya Hanee semalam menjadi tetamu undangan di program popular, MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa bersama perlakon, Remy Ishak.

Siapa sangka, bekas juara Dewi Remaja ini menangis apabila memberikan ucapan khas untuk ibunya ketika di program tersebut . Menurutnya, dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulang kesilapan yang sama malah akan membanggakan ibu yang selama ini menjadi tulang belakangnya.

Hanee berjanji tak kan ulang lagi..

Hanee juga menjelaskan sebab dirinya memadam kenangan ketika menjuarai Dewi Remaja 2018/2019 kerana juga sedar dengan kesalahan yang dilakukannya.

Bagaiamanapun, Neelofa dan Remy sebagai hos jemputan semalam bagi menggantikan Nabil juga memberikan kata semangat buat Hanee.

Sebelum ini Haneesya terpalit dengan kontroversi membabitkan beberapa finalis Dewi Remaja yang dikatakan berpesta dan minum arak sehingga kecoh dimedia sosial apabila tular satu rakaman video.

Bagaimanapun, pihak pemilik jenama Dewi Remaja Nu Ideaktiv telahpun memberi kenyataan awal berikutan isu tersebut yang mana dipandang serius.