Menghiburkan, Sekumpulan Remaja Dari Indonesia Ini Buat Video Klip Parodi Lagu ‘Boli Chudiya’ .

Buat peminat filem Bollywood pastinya tahu dengan filem Khabie Khusi Khabie Gham yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2001. Filem yang berkisarkan kekeluargaan ini diterajui beberapa pelakon hebat ketika itu seperti Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Kajol dan ramai lagi.

Baru-baru ini tular sebuah video sekumpulan remaja berasal dari Indonesia merakamkan parodi salah satu lagu dari filem tersebut iaitu Bole Chudiya. Rakaman yang berlatarbelakangkan kebun kelapa sawit itu mendapat perhatian netizen.

Lebih menarik lagi, lakonan dan gerak tari sama seperti video asal dalam filem ini. Cukup kreatif!

Korang boleh tonton video penuh di bawah:

Memang sama! Rasanya tiang rumah dalam video asal yang dibayangkan adalah pokok kelapa dan menjadi sebeb mengapa lokasi ini dipilih.

Ada beberapa babak yang cukup mencuit hati dalam rakaman parodi yang dilakukan mereka ini. Antaranya, seperti gambar di bawah:

Dah kenapa air mata warna coklat? Kalau ya pun sedih…

Takkanlah pakai alas meja jadi selendang? Hahahaha…

Lari seberang titi pun bolehlah… Janji sampai maksudnya.

Pakai gelung tayar pun bolehlah. Nampak sama juga bulatnya tu…

Macam-macamlah kalau dah kreatifkan…

Sumber: Hendrahairull / Youtube

error: Content is protected !!