“Minta Maaf Bukan Promote Youtube Kau”- Tampil Menjelaskan Situasi Di Rumah Isteri Arwah, Dato Aliff Di Kritik.

Hiburan

Siapa yang mengikuti Dato Aliff Syukri sudah pasti tahu bahawa  dia dan pekerja dia telah pergi menziarah balu arwah abam. Aliff Syukri telah membuat LIVE video menemuramah isteri arwah Abam.

Sebelum ini Ali pernah beritahu isteri arwah abam pulang ke kampung untuk berehat dan dia pun dalah tempoh ‘iddah’.

DATO ALIFF SYUKRI KURANG AJAR?

 

Tidak lama selepas itu, Ali Puteh telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak berbunyi kasar dan seolah olah ditujukan kepada isteri arwah Abam Bocey. Namun kenyataan tersebut telah dipadamkan.

Tetapi tidak lama selepas itu Ali Puteh keluarkan satu lagi kenyataan dan kali ini mencabar untuk berjumpa dengan Dato Aliff Syukri.

Apa yang membuat Ali menjadi begitu tidak puas hati dengan Aliff Syukri? Apa yang telah terjadi ketika sessi LIVE Dato Aliff?

Rata rata netizen banyak meminta supaya Ali banyakkan bersabar.

Setakat ini tiada apa apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Dato Aliff Syukri.

Kita doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Munkin ada sesuatu yang isteri arwah terlepas cakap atau Dato Aliff Syukri sendiri terlepas cakap.

Kita doa yang baik baik sahaja. Tidak perlu berkasar. Seperti Abam Bocey pernah cakap ‘Buat Baik Ramai Sayang’ Insyallah …

Antara Sedutan Video LIVE Dato Aliff Di Rumah Isteri Arwah ABAM

Selepas Ali Puteh mencabar DS Aliff, ini kenyataan dari DS Aliff.

sy tak faham…. sy hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sbb sy lihat dia memerlukan .. dan bertanya khabar.. dan sy disambut baik dr mereka… dan dijawab iklas dr beliau .. Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris esok ptg.


Mungkin ada salah faham yang berlaku atau ketidakpuashatian. Semoga kedua-dua belah pihak dapat bersemuka dan selesaikan dengan aman.

Sebarang salin semula tanpa kebenaran akan dibuat laporan kepada pihak berkenaan. Terima kasih

Artikel by RJ/EE