MP Kudat pert4han d4kwaan Veveonah men1pu

Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mempertahankan d4kwaannya bahawa Youtuber Veveonah Mosibin men1pu ketika menjawab peperiksaan di atas pokok menerusi videonya yang tular.

Jelas Abdul Rahim, dia serta pegawainya telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Covid-19: Rahim nasihat rakyat untuk terus bersabar tidak panik | Buletin Sabah

Katanya, pegawainya telah berjumpa dua ketua kampung -Elwin Madisa (ketua kampung Sepatalang) dan Edward Upak ketua kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu Sabah- bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

“Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung, ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kampung Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin Maraun@ Makrun bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di pekan Pitas .

“Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet, sebenarnya dia tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang dia d4kwa.

“Oleh itu macam mana pelajar ini boleh mend4kwa dia belajar di atas pokok di kampung Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas,” katanya mengulangi bahawa Veveonah sengaja bertindak sedemikian untuk mendapatkan perhatian dan publisiti .

Tanya dekan fakulti, pensyarah UMS

Selain itu, Abdul Rahim juga berkata dirinya sendiri telah membuat siasatan terhadap seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS.

Sabah student 'hurt and sad' over claims she made video to get more YouTube views | Free Malaysia Today

Abdul Rahim berkata pensyarah itu memberitahunya pada ketika itu tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.

Malah, pensyarah itu turut menyatakan kepada Abdul Rahim bahawa pihak Universiti membenarkan pelajar tinggal di kampus sekiranya tiada jaringan Internet.

“Ada juga pelajar pilih untuk tinggal di kampus kerana jaringan kampung tidak kuat, putus-putus dan lain-lain.

“Jadi kami nasihat mereka untuk tinggal di kampus atau tinggal di pejabat daerah berdekatan, sekolah atau ke kampung terdekat,” kata pensyarah itu kepada Abdul Rahim.

Nama Veveonah kembali menjadi hangat selepas isu d4kwaannya itu pertama kali dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

UMS student's grit in taking exam on a tree won viewers' hearts | Astro Awani

Veveonah yang merupakan pelajar Asasi Sains dari UMS menafikan kenyataan timbalan menteri terbabit dan berkata dia sememangnya sedang menduduki peperiksaan ketika mem4njat pokok berkenaan.

Zahidi kemudian menjadi kecaman orang ramai selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan memohon maaf atas ketelanjurannya kerana mendapat maklumat yang ‘tidak tepat’ setelah mend4kwa pelajar itu.

Bagaimanapun hari ini, Zahidi menjelaskan di Dewan Negara bahawa dia memperoleh maklumat itu dari Abdul Rahim.

‘Ada m0tif tertentu’

Mengulas lanjut, setelah beberapa siasatan dilakukan, Abdul Rahim berkata dia curiga bahawa Veveonah mungkin mempunyai m0tif tertentu menerusi video tularnya.

“Daripada dapatan saya tersebut saya curiga bahawa mungkin ada m0tif tertentu dari penerbitan video yang dimuat naik di Youtube dan ditonton seluruh dunia.

“[…] Telah dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ada masalah serupa ini telah dibenarkan tinggal di kampus universiti supaya pembelajaran mereka tidak terg4nggu dan ramai pelajar luar bandar dari seluruh negara memilihnya.

“Apa perlu pelajar itu membah4yakan diri mem4njat pokok dan dimuat naik video sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang liputan baik dan pilihan terbuka luas. Malah difahamkan menurut sumber rumah ibu bapanya pun sebenarnya di pekan Pitas.

“Jika ia terjatvh dari pokok itu sudah pasti malap3taka pada keluarganya dan akan menjadi trag3di pada negara,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sudah menghubungi Veveonah dan sedang menunggu respons lanjut daripada pelajar terbabit.

 

Sumber: mkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf