“Mufti kat JAKIM bukan ejen jahat macam Hydra tu.Kau ingat ni movie ke?” Suami Ummi Nazeera tempelak Siapa?

Hiburan

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar akui isu vaksin telah hangat diperkatakan sejak dahulu lagi.

Dr. Izzar berkata golongan pro-penyakit atau anti vaksin telah wujud bukan sahaja di Malasia malah seluruh dunia.

Namun menurutnya banyak maklumat plasu telah disebarkan oleh golongan anti vaksin tersebut.

“Alhamdulillah, Ayra baru je ambil vaksin dia.Sempat dia selfie dengan daddy @ayra.aneesah

“Vaksinasi ni memang isu yang hangat dari dulu. Vaksin diberikan ke kanak2 agar mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan

“Kanak-kanak diberi vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan(imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Vaksin membantu menguatkan sistem imun melalui rangsangan kepada sel pertahanan, lepastu boleh melindungi daripada komplikasi yang mengancam nyawa

“Ambil vaksin ni merupakan langkah pencegahan.Sebab tu kita vaksin kanak2 semasa dia sihat. Takkan nak tunggu sakit baru nak vaksin kan?

“Yang mendukacitakan sekarang ialah wujudnya golongan pro-penyakit/antivaksin bukan sahaja di Malaysia malah kat satu dunia ni ada. Banyak maklumat2 palsu yang disebarkan oleh golongan ni.

“Kalau kat Malaysia geng pro-penyakit ni cakap vaksin agenda Yahudi, kat US tu geng ni cakap vaksin tu agenda Muslim kot

“JAKIM pun dah keluar kenyataan kata suntikan vaksin ni bertepatan dengan nas-nas syarak, dan selari dengan prinsip maqasid al syariah dalam menjaga nyawa manusia

“So, nak apa lagi? Vaksin la anak2 tu. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Kat Klinik Kesihatan tu free je.Taknak dengar cakap doktor pun takpelah.Kami ejen yahudi kan. Tapi ikutlah apa saranan JAKIM tu. Mufti-mufti kat JAKIM bukan ejen jahat macam Hydra tu.Kau ingat ni movie ke?” tulisnya.

Dr. Izzar berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

VAKSINASI . Alhamdulillah.Ayra baru je ambil vaksin dia.Sempat dia selfie dengan daddy @ayra.aneesah . Vaksinasi ni memang isu yang hangat dari dulu. Vaksin diberikan ke kanak2 agar mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan . Kanak2 diberi vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan(imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Vaksin membantu menguatkan sistem imun melalui rangsangan kepada sel pertahanan, lepastu boleh melindungi daripada komplikasi yang mengancam nyawa . Ambil vaksin ni merupakan langkah pencegahan.Sebab tu kita vaksin kanak2 semasa dia sihat. Takkan nak tunggu sakit baru nak vaksin kan? . Yang mendukacitakan sekarang ialah wujudnya golongan pro-penyakit/antivaksin bukan sahaja di Malaysia malah kat satu dunia ni ada. Banyak maklumat2 palsu yang disebarkan oleh golongan ni. Kalau kat Malaysia geng pro-penyakit ni cakap vaksin agenda Yahudi, kat US tu geng ni cakap vaksin tu agenda Muslim kot . JAKIM pun dah keluar kenyataan kata suntikan vaksin ni bertepatan dengan nas-nas syarak, dan selari dengan prinsip maqasid al syariah dalam menjaga nyawa manusia . So, nak apa lagi? Vaksin la anak2 tu. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Kat Klinik Kesihatan tu free je.Taknak dengar cakap doktor pun takpelah.Kami ejen yahudi kan. Tapi ikutlah apa saranan JAKIM tu. Mufti-mufti kat JAKIM bukan ejen jahat macam Hydra tu.Kau ingat ni movie ke? . p/s: untuk info lengkap mengenai vaksin Search di browser >> bit.ly/infovaksin Atau swipe up di igstory.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on

Rata-rata bersetuju dengan Izzar dan berterima kasih di atas info berguna yang dikongsikan.

sumber : Astro gempak