“Ntah abang tu tau tak mufti tolak kereta dia”- Kisah Menteri Agama Yang Baru Menolak Kereta Dalam Hujan.

Semasa Tempatan

Semalam Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perwatakan sederhana dan toleransi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam menyelesaikan isu berkaitan agama sebelum ini dipercayai mampu membantu memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Tapi ingatkah anda ada satu kisah mengenai Menteri Agama kita satu masa dahulu.

Tular Gambar Mufti Wilayah Tolong Tolak Kereta dalam Hujan, Inilah Sifat Tawaduk Orang Berilmu

“Dapat gambar dari orang lain. Kisah benar di tengah hujan”

Sebuah gambar yang memaparkan akhlak mulia Mufti Wilayah Perseketuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menolong seorang pengguna jalan raya menolak keretanya yang rosak di atas jalan pada waktu hujan tular di media sosial pada tahun 2018.

Kata Imam al-Syafie:

“Orang yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya kedudukan. Orang yang paling hebat keutamaannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya keutamaan.”

Entah abang tu tahu atau tak, Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan” – tulis Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohamad Razif pada ketika itu

Akhlak mulia seorang yang memegang persada ilmu ini dipuji oleh netizen:

Image result for mufti wilayah persekutuan dr zulkifli jumpa anak

PERTEMUAN Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Jalan Batu, Nur Khairunnisa Mohd Haizir, 7, iaitu anak pasangan buta memberikan kesan emosi kepada tokoh agama itu.

“Pernah jumpa ustaz dr. Zulkifli bakri…sangat zuhud org nya”

“Ni baru dikatakan alim ulamak sentiasa membantu orang yg dlm kesusahan”

“Sikap yg terpuji..tk sangup tgk kepayahan insan lg.pasti sudi hulurkn bantuan tanpa dipinta”

Keutamaan tawaduk setelah memperoleh ilmu ini diterangkan oleh Ibn al Qayyim rahimahullah

Semoga menjadi pengajaran kepada kita untuk terus merendah diri sedang kita tak mencapai taraf ilmu seperti Mufti.
Image result for mufti wilayah persekutuan dr zulkifli liverpoolPeminat liverpool
Artikel By : Viddy Media