Mulai Esok Boleh Membawa Penumpang Mengikut Kapasiti Tempat Duduk. Namun Ada Syaratnya..

Santai Semasa

JUMLAH penumpang kini boleh mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat sudah bersetuju untuk membenarkan mereka yang menaiki kenderaan boleh melebihi empat individu dengan syarat ia mengikut kapasiti yang ditetapkan.

Berdegil untuk pulang ke kampung, 508 kenderaan diarah patah balik ...

Menurutnya, hari ini kerajaan sudah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Nombor 6 Pindaan 2020).

“Peraturan itu antara lain membabitkan penumpang bagi kenderaan persendirian yang membolehkan ia dibawa mengikut kapasiti kenderaan masing-masing dikawal mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bermakna jika kapasiti empat penumpang maka seorang pemandu campur tiga penumpang tetapi bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) ia merangkumi seorang pemandu dan enam penumpang, maksimum tujuh orang. Ia akan berkuat kuasa esok,” katanya.

Namun katanya syarat lain masih kekal iaitu mereka mesti dari ahli keluarga yang tinggal bersama.

Sumber Hmetro