“Mungkin Dengan Cara Itu Dia Boleh Menarik Perhatian Ramai”- Respon Balas Neelofa Terhadap Teguran Zahnita.

Hiburan

Sebelum ini viral sebuah posting berbentuk teguran dari model dan bekas mentor program Dewi Remaja, Zahnita Wilson terhadap pengacara Neelofa. Zahnita juga menulis kapsyen di Instagram seolah-olah cuba memberikan nasihat selepas Neelofa berkongsi gambarnya ketika menjalankan pengambaran Swarovski.

Bagaimanapun, hari ini pengacara Melotop itu memberi respon bidas terhadap teguran dari bekas mentornya itu.

 

Saya tak ambil hati

Zahnita Wilson menerusi teguran yang dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya menganggap pengacara itu tidak menggunakan populariti dimiliki untuk membantu orang kurang bernasib baik.

Saya tidak ambil hati dengan posting  yang dibuat Zahnita kerana saya melihat isu ini dari sudut positif. Namun, lebih manis sekiranya dia menegur secara berdepan atau menerusi DM (direct message) di Instagram.

Tambah Neelofa, dia mengakui tidak mengetahu mengenai posting tersebut dan sedikit ketinggalan sehinggalah ada rakan menghantar komen yang ditulis Zahnita kepadanya.

Bila saya tengok komen Zahnita, saya tidak marah sebaliknya berasa pelik tapi saya faham mesej yang cuba disampaikannya itu. Saya juga suka apabila ada rakan artis yang sama-sama mengingatkan mengenai isu yang melanda dunia supaya saya menjadi lebih peka dengan sesuatu perkara itu.

Jadi tular kerana dia selebriti

Malah, Neelofa bersedia untuk menjernihkan semula keadaan sekiranya bertemu dengan bekas mentornya itu di mana-mana majlis. Tambahnya, dia turut mengakui hubungannya dengan Zahnita tidak ada sebarang masalah.

Isu ini sebenarnya kecil saja dan ia menjadi tular kerana dia selebriti. Ada mesej yang cuba di sampaikan itu memang ada kebenarannya. Cuma mungkin aktiviti yang saya lakukan tidak sama dengan aktiviti yang diperjuangkannya.

Biasalah kita hidup dalam zaman media sosial sekarang dan orang boleh kata apa saja. Mungkin dengan cara itu dia boleh menarik perhatian ramai.

Sumber: Metro / ohbulan