“My Son Baby Shaklee Dah Kenapa Pulak “-Pesanan Puteri Sarah Liyana Buat Seller Shaklee.

Hiburan

Pelakon Puteri Sarah Liyana berang apabila ada peniaga produk telah menyalahgunakan namanya untuk kepentingan mempromosikan produk mereka.

Menurut Sarah, selama ini dia akui memang suka berkongsi tips dan produk yang digunakan namun tidak bermaksud ia sewenang-wenangnya digunakan seolah-olah dia adalah duta kepada produk tersebut.

“Saya suka share tips & products yang saya guna & amalkan tapi nampaknya some sellers suka guna/repost.

“I tak kesah if nak bgtau I makan Shaklee tapi tu 2017 masa hamilkan Syaikhul. Until now IG story tu repeatedly seller Shaklee guna it’s ok you nak educate orang luar but then telling people that my daughter baby Shaklee, my son baby Shaklee dah kenapa pulak?

“If like this then after this I won’t share anymore any products I amalkan sebab I takut seller ni salah gunakan as if macam I duta Shaklee pula,” tulisnya.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Sarah turut memuat naik foto bersama anaknya yang disalah guna peniaga produk tersebut.

Selain itu, Sarah turut memberitahu penyalahgunaan gambar dan namanya turut berleluasa di laman Facebook.

Kata Sarah, ramai yang terpedaya dengan fotonya itu sedangkan ia diambil pada dua tahun lalu.

“Okay berita terbaru I dapat now tengah berleluasa dekat FB pulak. Jangan salah faham ya, I consumed Shaklee & upload pic masa tu tahun 2017 tapi gambar digunakan macam baru ku upload 2 jam lepas dan orang yang tak tahu apa-apa ingat betul benda tu. Dengan caption bertulis cantik luar dalam with Shaklee.

“Saya purchase Shaklee from @ajariahawang atas sebab tertentu. Andaikata yang dah purchase then result tak kemana don’t blame me,” jelasnya.

 

 

View this post on Instagram

 

Saya suka share tips & products yang saya guna & amalkan tapi nampaknye some sellers suka guna/repost. I tak kesah if nak bgtau i makan shaklee tapi tu 2017 masa pregnantkan syaikhul. Until now ig story tu repeatedly seller shaklee guna it’s ok u nak educate org luar but then telling people that my daughter baby shaklee, my son baby shaklee dah kenapa pulak ? If like this then after this I won’t share anymore any products i amalkan sbb i takot seller2 ni salah gunakan as if macam i duta shaklee pula. . . . Ok berita terbaru i dapat now tengah berleluasa dekat FB pulakkkkk. Jangan salah faham ya, i consumed shaklee & upload pic masa tu tahun 2017 tapi gambar digunakan macam baru ku upload 2jam lepas 🙄 dan org yg tak tahu apa2 ingat betul benda tu. Dengan caption bertulis cantik luar dalam with shaklee. Saya purchase shaklee from @ajariahawang atas sbb tertentu. Andaikata yg dah purchase then result tak kemana dont blame me. @shakleeproductsmalaysia

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Kemas kini tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang menyokongnya dan berpendapat peniaga tidak patut berbuat demikian untuk mencari jalan mudah dalam perniagaan.

Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang baru berusia empat bulan.

sumber : Astro Gempak