N4has Air India Express Ragvt 18 Ny4wa, Salah Seorang M4ngsa P0sitif C0vid-19

Semasa

Sebuah pesawat Air India Express tergelincir daripada landasan ketika mendarat di sebuah lapangan terbang berhampiran bandar Kozhikode, di Kerala, India, pada Jumaat lalu. Insiden tersebut telah meragvt 18 nyawa penumpang termasuk dua juruterbang .

Menerusi laporan CNN, empat orang kanak-kanak telah dikenal pasti antara 16 penumpang yang mat1 ketika pesawat tersebut terhempas.

Bawa pulang mereka yang terkandas

Menurut seorang pegawai yang dikenali sebagai K Gopalakrishnan, kesemua m4ngsa merupakan penduduk Kerala. Tambahnya m4ngsa paling termuda hanya berusia satu tahun. Manakala, m4ngsa yang tertua berusia 61 tahun. Ujarnya lagi, salah seorang m4ngsa telah disahkan positif C0vid-19.

Menurut Ketua Menteri Kerala, pesawat tersebut merupakan salah satu penerbangan pulang yang dikendalikan oleh pemerintah India untuk membawa pulang warga negara yang terkandas di luar negara kerana sekatan perjalanan C0vid-19.

Masih dalam siasatan

Sementara itu, Menteri Penerbangan Awam, Hardeep Singh Puri, turut memuat naik satu tweet ketika beliau sedang melawat lokasi kejadian. Beliau berjanji akan menilai status pelaksanaan langkah-langkah bantuan dan akan berunding dengan pegawai kanan penerbangan.

Tambahnya, perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit telah ditemui dari bangkai kapal. Ucapan takziah buat keluarga m4ngsa turut diucapkan oleh menteri tersebut.

 

Sumber: CNN & Hardeep Singh Puri

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.