Sebelum Ini Suami Banyak B0ngkar Rahsia, Kali Ini Nadia Brian Pula Buka Mulut

Hiburan Keluarga Viral

Kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan, pelakon kontr0versi Nadia Brian berkata tidak pernah terdetik dihatinya berkahwin untuk bercer4i. Ujarnya, dia juga dambakan kebahagaiaan bersama insan dicintai.

Mengakui tidak lagi bahagia, Nadia berkata jika ikatan perkahwinan itu hanya memudaratkan dan pasangan tidak boleh lagi meneruskan, percer4ian adalah jalan terakhir. Ujarnya lagi, apa yang berlaku menguatkan lagi dirinya untuk menjadi insan lebih baik.

Nadia Brian buka mulut

“Jika hubungan lebih membawa kemudaratan, percer4ian dilihat jalan penyelesaian terakhir yang dibenarkan jika sesama pasangan tidak lagi boleh meneruskan apa yang dimulakan.

“Buat apa mahu men1pu diri apabila sudah tidak bahagia hidup bersama? Gelaran janda ini bukan satu status yang boleh dibanggakan, apatah lagi, dimalukan.

“Suratan ini adalah ketentuan Allah. Apa yang berlaku boleh menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi manusia lebih baik,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak sabar untuk menyelesaikan kemelvt rumah tangganya secepat mungkin serta meminta pihak media tidak lagi menggunakan gambarnya bersama suami.

Rumah tangga Nadia, Muizz berantakan?

“Jika boleh, saya sudah tak mahu mengingati lagi kisah duka yang berlaku. Malah, saya harap rakan media dan blogger tidak lagi menggunakan gambar saya dan suami, selepas ini.

“Saya tak mahu memburukkan sesiapa. Manusia tiada yang sempurna dan itu juga bukan alasan untuk menghukum manusia lain. Kita sendiri pun belum tentu 100 peratus baik.

“Kalau rasa diri sempurna, mungkin dia tak sesuai dengan saya. Saya harap kami boleh ‘move on’ dan belajar dari kesilapan,” katanya.

Pengarah Puji Nadia Brian Masih Ceria Meskipun Ada Mas4lah Rumah Tangga

Pengarah Shuhaimi Lua puji sikap profesional Nadia Brian, masih ceria biarpun berdepan masalah rumah tangga - “Saya kira membantu publisiti” - Hiburan | mStar

Pengarah Shuhaimi Lua puji sikap profesional Nadia Brian, masih ceria biarpun berdepan mas4lah rumah tangga – “Saya kira membantu publisiti” – Hiburan | mStar

Meskipun perg0lakan rumah tangganya sedang hangat diperkatakan, namun pelakon Nadia Brian tetap tenang menjalani kehidupan seperti biasa dan sedikit tidak mengg4nggu kerjaya seninya.

Nadia kini sibuk menjalani penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, pengarah dan penerbit drama tersebut iaitu Shuhaimi Lua mendedahkan pelakon itu tetap profesional walapun berdepan ujian rumah tangga.

“T1pulah kalau saya tak tahu apa berlaku. Dia ada bercerita kerana kami memang rapat sejak awal karier dia lagi tapi apa yang saya boleh kata dia tak bawa mas4lah itu ke set saya, semua pelakon ceria macam biasa, tak nampak lagi mengg4nggu proses penggambaran.

“Sebenarnya kontr0versi rumah tangga Nadia ini dah bermula sejak penggambaran drama Rudy Vs Julie, semasa itu dah hangat orang memperkatakan mengenai hal itu.

“Namun dia masih mampu jadi profesional semasa berlakon dan tak bawa mas4lah ke lokasi penggambaran. Saya ada bagi nasihat kena berjumpa dan berbincang untuk cari jalan penyelesaian, ada sahaja artis lain berdepan mas4lah rumah tangga tapi pengakhirannya mereka baik-baik sahaja,” katanya.

 

Sumber: BH Online, Rotikaya, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.