Slps Tengku Zafrul umum mansuh syarat i-Sinar, Sekali Najib dtg komen, ntizen ‘serbu’

Akhirnya rakyat Malaysia mendapat berita baik apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses mem4nsuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

Image result for tengku zafrul i-sinar

Beliau juga menjelaskan bahawa langkah tersebut diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik C0vid-19.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Permohonan berdasarkan kriteria semasa akan lulus secara automatik

“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Simpanan RM 100,000 ke bawah boleh keluarkan sehingga RM10,000

Beliau berkata, KWSP memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Simpanan RM 100,000 ke atas boleh keluar sehingga RM60,000

Walaubagaimanapun jelas beliau, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan untuk pencarum yang mempunyai dari RM100,000 adalah sebanyak RM60,000.

“Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000,”

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, KWSP menerusi laman media sosial turut memaklumkan pihak mereka sedang dalam proses mengemaskini sistem i-Sinar Online sejajar dengan pengumuman yang dilakukan Tenku Zarul.

“Untuk makluman, KWSP sedang mengemaskini sistem i-Sinar Online. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama anda.

“KWSP komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua ahli sama ada melalui perkhidmatan kaunter atau saluran digital” kata kenyataan itu lagi.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.

“Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran-saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli,” ujar beliau.

Terdahulu Tengku Zafrul menerusi satu posting di Insgtagram pada rabu menjelaskan kerajaan sentiasa peka dengan keluha dan isi hati rakyat. Justeru mereka sedang melakukan penambahbaikan dari segi inisiatif yang diberikan kerajaan.

“Pihak Kerajaan sentiasa peka dengan keluhan dan isi hati rakyat tentang pelbagai inisiatif seperti i-Sinar.

“Suara anda didengari dan penambahbaikan akan dilakukan segera” kata Zafrul di laman Instagramnya.

Terkini! Ini respon padu Najib, raih 3k komen dalam masa 30 minit

Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memberi respon beliau kepada pengumuman pemansuhan syarat kemudahan i-Sinar tersebut.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Najib seakan berpuas hati dengan pengumuman terbaru itu dan menyifatkan ia lebih adil.

“Akhirnya syarat pengeluaran I-Sinar KWSP dihapuskan hampir 5 bulan setelah kita tuntut secara berterusan dan setelah ramai mencari bukti-bukti dokumen secara sia-sia selama 2 bulan.

“Namun ianya bukan one-off sehingga RM10k tapi bayaran pertama adalah sehingga RM5k bagi mereka dengan baki simpanan di bawah RM100k.

“Pendapat saya ialah ini lebih adil tapi kita perlu tengok perlaksanaannya.” tulis Najib.

Menariknya, status dimuatnaik oleh Najib menerima komen luar biasa ditinggalkan netizen apabila meraih lebih 3 ribu komen dalam masa kurang setengah jam.

Setakat artikel ini ditulis, status itu sudah meraih 52k tanda suka dan 11k perkongsian.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terima kasih kepada Najib Razak atas ‘hayunan’ dan usaha selama 5 bulan dalam mendapatkan hak dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Facebook Najib Razak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf