“Nak Bagi Ke Pangkuan Mak Dia Pun Senang Hati…,” – Datin Seri Nur Shahida Sedia Nak Serah Qayyum Pada Ibu Kandung?

Selepas menderita demam akibat seluruh badannya diserang campak hingga terpaksa bermalam di hospital, kini Qayyum sudah dibenarkan pulang.

Berita tersebut dimaklumkan penjaga kenapa kanak-kanak berkenaan, Datin Sei Nur Shahida yang juga merupakan isteri kepada pengarah kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi sekeling foto yang dimuat naik, Shahida turut memberitahu rambut lebat Yom (panggilan buat Qayyum) terpaksa dipotong kerana ada bahagian kulitnya menggelupas di kawasan tersebut.

“Dah keluar wad, gunting rambut now dah sampai rumah. Saya suka rambut dia lama sebab lebat. Tapi terpaksa potong sebab dah start menggelupas di kepala, kesan campak.

Pada masa sama, Shahida turut menjelaskan ibu kandungnya pasti lega kerana Yom sudah sihat.

“Dah sihat nak bagi ke pangkuan mak dia pun senang hati, ambil sihat pulang pun kena sihat,” katanya sambil mendapat reaksi pebagai daripada netizen.

Kisah mengenai isu mahu menjaga kembali Yom difahamkan mulai tercetus apabila kononnya keluarga usahawan tersebut tidak melayan Yom seperti sepatutnya.

Bagaimanapun, hal tersebut dinafikan pasangan usahawan ini.

Artikel berkaitan:

“Boleh Dikatakan 2 Bulan Sekali Sakit Dan Ini Antara Paling Teruk,” – Aliff Syukri Dedah Penderitaan Qayyum, Badan Dipenuhi Bintik Merah Sebab…

Sejak awal malam tadi, salah seorang anak angkat pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tidak selesa dan menangis menerusi video yang dikongsikan usahawan berkenaan.

Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah dipercayai dengan menderita demam campak kronik.

“Kami tetap prihatin. Kepada ibu kandung yom kami bawa 2kali di pakar kanak2 dan hari ni yom terpaksa kena tahan wad di hopital swasta sbb sakit dia makin parah.

“Boleh dikatakan 2bulan sekali yom sakit dan ini antra paling teruk sbb tu cost jaga yom tinggi….kami dah buat yg terbaik,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi Abang Nak Tegur itu juga ada memberitahu tahap daya tahan anak angkatnya itu agak lemah, seperti yang dikata doktor.

“Sebab doctor cakap antibody dia lemah..jgn pandai komlain..kalau boleh bantu gak lah anak yg awak nak ambik balik ni..kalau boleh cpt skit ambil sy pening tunggu lama2 nanti awak ckp anak awak sakit sbb kami tak pandai jaga,” tulisnya lagi menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan tubuh Qayyum yang dipenuhi bintik-bintik merah sambil menangis teresak-esak.

Sementara menerusi beberapa posting pula, Aliff turut berkongsi situasi terkini Qayyum. Turut melakukan perkara sama ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Sumber: MH

error: Content is protected !!