Nama Siti Nurhaliza Bakal Terpahat Di Walk Of Fame Adelaide

Foto: Murai.MY

Siapa yang tidak kenal dengan Penyanyi No 1 Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun, namanya juga begitu besar dan dikenali baik di dalam mahupun luar negara, namun orangnya begitu humble dan ‘low profile’.

Nama Siti Nurhaliza Di Walk Of Fame 

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tokti baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila tersenarai sebagai 100 Selebriti Asia Pasifik yang paling berpengaruh bersama pengacara dan usahawan, Neelofa.

Namun tidak sampai beberapa minggu, Tokti sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila diumumkan oleh Adelaide Festival Center sebagai antara 3 selebriti dan pengkarya yang namanya bakal diabadikan di Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia bagi tahun 2019.

Yang menariknya Tokti terpilih selepas memec4hkan rekod undian secara atas talian dan memenangi kategori Public Choice.

Dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih bersama Tokti ialah pemuzik (pemain Didgeridoo) terkenal Australia William Barton yang dipilih menerusi kateogiri Pilihan AFCT dan koreaografer Frances Rings yang dipilih menerusi kateogori Pilihan Pengkritik.

Berjaya Menarik Perhatian Penonton

Memec4h rekod undian secara atas talian, Siti yang memenangi kategori undian terbuka itu pernah mengadakan persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun lalu.

Mengikut laporan antarabangsa, penyanyi yang mendapat j0lokan ‘Celine Dion Asia Tenggara’ itu telah memenangi hampir 300 anugerah dalam dan luar negara dan berjaya memenangi hati penonton yang hadir pada festival tersebut.

Lebih mencipta sejarah apabila Tokti adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya terpilih untuk diabadikan namanya disana.

Yang pasti nama Siti Nurhaliza selepas ini bakal menjadi tatapan orang ramai di Walk Of Fame Adelaide sebaris dengan selebriti dan pengkarya ters0hor dunia.

Sebagai rekod, setiap tahun Adelaide Festival Center akan menamakan 3 selebriti atau pengkarya terhebat dunia berdasarkan 3 kategori iaitu undian orang ramai, pilihan pengkr1tik dan pilihan AFCT.

Setakat ini mereka sudah menampilkan 130 nama penggiat seni dunia sejak tahun 1973.

Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide

Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide

Terdahulu, pada Julai 2019 mencatatkan pelbagai rasa di sanubari Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin apabila memperoleh kesempatan untuk mengadakan konsert di Festival Theatre, Adelaide, Australia.

Sekalipun berpengalaman mengadakan persembahan di pentas paling gah di dunia, Royal Albert Hall, London, namun peluang keemasan kali ini juga menuntut fokus yang sepenuhnya.

Dalam masa sama, penyanyi nombor satu negara itu menyifatkan, kesempatan beraksi di Festival Theatre, Adelaide melengkapi hasratnya untuk menghiburkan peminat di luar negara.

Justeru, untuk peluang berharga ini, penyanyi Anta Permana itu mahu mengajak seluruh pencintanya untuk sama-sama berkongsi saat manis.

“Saya sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Adelaide. Ini merupakan peluang pertama buat saya menyanyi di sana. Sekalipun berdebar, namun saya bersyukur kerana mendapat sokongan luar biasa daripada peminat-peminat saya,” katanya.

Sebetulnya, undangan mengadakan konsert sempena Oz Asia Festival diterima Siti Nurhaliza ketika beliau sibuk menjayakan konsert jelajahnya pada awal tahun.

Selepas berfikir panjang dan membuat pelbagai pertimbangan dengan seluruh pasukan pengurusannya, Siti Nurhaliza bersetuju menerima undangan berkenaan.

“Saya percaya ramai penyanyi mempunyai keinginan untuk beraksi di pentas antarabangsa. Saya tidak terkecuali. Lalu, selepas memikirkan ini adalah undangan yang sangat istimewa, saya menerima tawaran ini,” kata Siti Nurhaliza lagi.

Tiket-tiket untuk menonton konsert Siti Nurhaliza di Adelaide, Australia sudah mula dijual.

“Memang ada rasa berdeb4r sebab membuat persembahan di negara orang dan pemilihan oleh penganjur juga satu penghormatan kepada saya,” kata Siti Nurhaliza menyambung perbualan.

 

Sumber: Buzzkini, Awani, Murai

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.