“Nampak muka Abam dah lain..”-Rakan Baik Sempat Rekod Video Terakhir Bersama Abam 3 Hari Sebelum Meninggal.

Hiburan

Rakan rapat kepada pelawak Abam Bocey, Pojie Pidon atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Amiden berkongsi sebuah video yang dirakam tiga hari sebelum arw4h menlnggal dunia.

Kata Pojie, rakaman tersebut adalah kenangan dan percutian terakhir mereka bersama Abam di Melaka.

Dalam pada itu, Pojie turut mendedahkan keadaan Abam yang sedang dem4m ketika itu.

“Aku abadikan kat sini..Ni video terakhir (7 Februari 2020) kami bersama Allahy4rham #Abam masa ni dalam perjalanan balik Kuala Lumpur dari Melaka.

“Pada asalnya kami nak balik hari je tah macam mana Abam kata jom cari hotel.

“Jadilah percutian sekejap tak sangka ni percutian terakhir..

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Moga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan @ Abam Bocey ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman insya-Allah.

“Kami sayang kau abang. Kau hargai kami dah macam keluarga,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Pojie menyedari raut wajah Abam yang kelihatan berbeza dan kepenatan.

“Tapi masa muka dia dem4m ni nampak sangat lain. Sebab setahu aku Abam ni jarang sakit kan? @pojie.pidon takpelah semua ketentuan Allah.

“Nampak sangat muka Abam letih. Al-fatihah untuk Abam.

“Al-fatihah kat arwah Abam. Nampak sangat dia tak sihat. Maaf saya terperasan ada lekuk kat dahi arw4h. Moga arw4h ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

“Memang nampak macam Abam dah kejauhan.

“Nampak masa ni Abam dah lain.

“Nampak dah arw4h penat dan letih,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey menlnggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).

Abam menlnggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

 

sumber : Pojie.pidon/ gempak