“Nangis Tengok..sedap lagu ” – Music Video Terbaru Zulin Aziz Buat Ramai Meleleh Air Mata.

Hiburan

Pelakon dan penyanyi Zulin Aziz tampil dengan single terbaru yang berjudul Jadikan Aku Yang Halal.

Menerusi lagu tersebut, Zulin berduet bersama penyanyi kelahiran program realiti Mentor, Iqa Nasra.

Bertindak selaku komposer dan penulis lirik, muzik video single baru Zulin itu baru sahaja dilancarkan semalam (17 April) pada jam 9 malam.

 

Menampilkan aktor Aeril Zafrel sebagai hero muzik videonya, Zulin menerima respon positif di laman Instagram.

Rata-rata peminat turut bersedih selepas mendengar lagu dan menonton jalan cerita muzik video Jadikan Aku Yang Halal.





Sebelum ini, Zulin pernah muncul dengan single yang berjudul Dan Ketika Itu pada November tahun lalu.

Setakat ini, lagu terbabit mendapat lebih 5.6 juta tontonan di laman YouTube.

sumber ; astro gempak