“Nape Mata Tu Juling.. U Rasa Mira Ada Jawapan Untuk Itu?” – Ramona Zam Zam Selar Netizen Kutuk Fizikal Mira

Hiburan

Memuat naik sekeping foto menampilkan dirinya bersama aktres popular Mira Filzah, Ramona Zam Zam menyelar tindakan seorang netizen yang mengkritik pelakon Pujaan Hati Kanda itu.

Tulis individu tersebut, mata kanan bintang cantik itu seperti juling.

 

View this post on Instagram

 

Lama tak jumpa this cutie pie dah beshaa dah diaaaaa 😍

A post shared by RAMONA ZAMZAM ALASHKAR (@ramonazamzam) on

“Npe mata..yg belah kanan tu cam juling.”

Tegas ibu kepada seorang anak itu, keperibadian yang ditonjolkan individu itu tidak berpadanan dengan komen yang dilontarkan.

“@riniez_azurien wow. Pakai tudung, profile berbahasa arab segala tapi komen pasal org ya Allah hahahahah. K tak tak, bukan komen, tapi tanya.

“Perlukah bertanya soalan mcm tu about someone’s appearance? Kalau mak u mata juling, pastu ada kwn u tanya “wei kenapa mata mak kau juling?” Do you really think Mira has an answer for that?” balas Ramona.

Sebelum menulis komen, fikir dahulu kesan dan akibat kepada insan lain.

Foto : Instagram Ramona Zam Zam / MH