NASA Jumpa Air Di Bulan, Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis USA

Selalunya kita akan membayangkan Bukan itu berupa kering, tandus dan berdebu. Tapi, tahukah anda sebenarnya ia telah disangkal 11 tahun lepas apabila data yang dikumpul robot di sana mendapati permukaan Bulan sebenarnya lembap.

Bagaimana air di bulan terhasil?

Sudah tentu, air yang ditemui adalah air yang sama seperti yang kita minum di bumi. Tetapi, kandungannya sangat sedikit dan hanya beberapa ribu kilogram tanah bulan perlu diproses untuk mendapatkan 1 kilogram air tersebut.

Namun, yang menjadi persoalannya bagaimana terhasilnya air di bulan? Ia sangat menjadi tanda tanya. Disebabkan itu, scientist merasakan ia terbentuk daripada pelanggaran mikrometeorit dengan permukaan lunar.

Ia ditambah dengan sinar kosmik dan agin solar. Jadi, molekul air terhasil dan terperangkap dalam kaca yang terbentuk daripada fenomena itu dan menyebabkan ia dapat bertahan dalam persekitaran yang ekstrim.

Image from Air Space
Image via Air Space

Apa pentingnya penemuan air di Bulan ini?

Kini, NASA sedang berusaha menghantar semula manusia ke bulan menerusi program Artemis. Mereka dalam perancangan untuk membina pangkalan kekal di sana menjelang penghujung dekad.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kewujudan air membolehkan lebih banyak usaha lanjut dibuat seperti para angkasawan dapat tinggal lebih lama di bulan dan mengolah molekul air untuk menghasilkan oksigen dan hidrogen.

Ianya adalah untuk bahan b4kar roket atau penjanaan kuasa, malah menjalankan eksperimen pertanian.

Pastinya, langkah itu masih jauh untuk mencapai visi mencari penempatan baharu di tempat yang belum pasti.

Gambaran bagaimana SOFIA menjalankan cerapan, dan bagaimana molekul air H2O terperangkap di dalam batuan permukaan Bulan.

Gambaran bagaimana SOFIA menjalankan cerapan, dan bagaimana molekul air H2O terperangkap di dalam batuan permukaan Bulan.

Dalam pada itu, penemuan tersebut turut menarik perhatian ahli biologi molekul dan komunikator sains dari Amerika yang mengaitkannya dengan gangguan bekalan air di Selangor.

Rata-rata netizen juga turut meninggalakan pelbagai reaksi komen diruangannya dan berpendapat isu air di Selangor itu sangat besar sehingga menarik perhatian ahli biologi dan komunikator sains tersebut.

Image from @ravenscimaven (Twitter)

Image from @ravenscimaven (Twitter)

Tahun ni makin teruk.. sedih

Image from @ravenscimaven (Twitter)

Terima kasih beri lebih perhatian daripada ahli politik kami

Image from @ravenscimaven (Twitter)

Patutla air kat selangor tak ada, semua dah ke bulan

Image from @ravenscimaven (Twitter)

Image from @ravenscimaven (Twitter)

Famous selangor

Image from @ravenscimaven (Twitter)

Bukan Selangor je kena, Kelantan pun masuk carta jugak

Apa yang lebih mem4lukan apabila saintis tersebut sempat menyebut masalah pencemaran air di Kelantan pula. Aduhai min tak tahu nak letak kat mana muka ni…

So kita tunggu kajian lebih lanjut yang akan dikeluarkan oleh NASA nanti. Satu penemuan yang menarik ni.

Dan diharap dengan viralnya isu ini ke serata dunia, harapnya pihak berkuasa dapatlah lakukan sesuatu untuk tangani masalah air yang sering berlaku di Selangor. Haih… 

 

Sumber: SAYS, @ravenscimaven (Twitter)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf