“Nasib baik tak terkeluaq biji mata bini cheq ” – Minat Anuar Zain, Fizo Buat Surprise Pada Isteri.

Hiburan

Isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim terkejut apabila penyanyi popular, Anuar Zain tiba-tiba muncul ketika dia sedang menikmati makanan.

Disebabkan kejadian itu juga, Mawar yang sedang mengunyah makanan tersedak sebaik sahaja melihat figura popular itu.

Kehadiran Anuar Zain itu merupakan satu kejutan yang diberikan oleh Fizo buat isteri tercintanya.

Mawar berkongsi momen manis itu menerusi sepotong video pendek di akaun Instagramnya semalam.

“Special thanks to my hubby, especially Abang Sham dengan Kak Wawa suprise kan cheq tak tau Abang Anuar @anuarzain70 nak datang sampai tersedak nasib tak tercekik.


“Firstly, Kak Wawa jemput dinner 🍽 ingat kan tak dak sapa balik keja lepas magrib jalan kaki ja maklum la dekat ja.

“OMG, speechless sampai kenyang la. Apa pun tengok betoi-betoi Maryam pun excited. Thanks a lot, buat tuan rumah.

“(Apa pun abaikan sora-sora kami ni ya and muka cheq dok ternganga makan tu 🤣😂),” tulisnya.

Video yang merakamkan aksi teruja Mawar itu mendapat respon positif daripada pengikut Instagramnya.

Rata-ratanya menyatakan rasa seronok melihat gelagat comel Mawar itu.


Fizo dan Mawar berkahwin pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam pada 29 Disember 2017.

Foto: Instagram @mawar_karim/ Astro Gempak