Neelofa Artis Pertama Berniqab Muncul Di Muka Depan Majalah Berbahasa Cina

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa menjadi artis pertama yang berniqab atau berpurdah muncul sebagai penghias muka depan majalah berbahasa Cina, Citta Bella bagi edisi November.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook majalah itu, konsep sesi fotografi datang daripada pengacara Next To Neelofa itu sendiri.

“Kami sangat bangga menampilkan Neelofa untuk edisi November 2020 Citta Bella buat kali ketiga dengan keindahan yang begitu sofistikated namun elegan. Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa secara terbuka mengumumkan keputusannya untuk mengenakan niqab.

“Neelofa sudah memiliki konsep untuk menutup bahagian wajahnya pada September yang mana penata gaya, Colin melaksanakan semasa sesi fotografi pada awal Oktober.

Neelofa penghias muka depan majalah berbahasa Cina | Harian Metro

“Sedikit sebanyak yang diketahui, Neelofa memakai niqab secara terbuka seminggu selepas penggambaran. Kami mendoakan yang terbaik untuk perjalanan spiritual baru yang dia lalui,” katanya.

Menerusi hantaran sama juga, Citta Bella berkata, mereka berusaha untuk memaparkan kecantikan wanita bukan saja secara luaran tapi juga dalaman.

Neelofa penghias muka depan majalah berbahasa Cina | Harian Metro

“Citta Bella merangkumi keindahan kepelbagaian budaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk mencantikkan kecantikan wanita dan kekuatan dalaman mereka, tanpa mengira usia, bentuk badan, etnik dan kepercayaan mereka. Kami mendoakan masa depan yang lebih baik, untuk semua,” katanya.

Hantaran yang dimuat semalam itu mendapat lebih 800 tanda suka dan lebih 40 komen yang kebanyakannya memuji konsep dan penampilan Neelofa.

‘Doakan saya…’ – Neelofa kini sudah berniqab

Terdahulu, Neelofa, 31, menerusi satu kenyataan hari ini meminta agar semua pihak mendoakan perjalanan baharunya ini.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. Insya-ALLAH, semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dan selalu berada dalam rahmat dan ehsan-Nya,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagramnya turut melahirkan rasa syukur dengan pilihan dan penampilan anaknya itu.

“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.  Love you bidadariku Neelofa,” tulisnya bersama sepotong video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

Sumber: HMetro, Facebook Citta Bella, Instagram Noorkartini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.