“Masak pun dengkI guna beras kau ke”- Sugu Pavithra Dibûli Bangsa Sendiri, Desak Tutup Akaun Youtube.

Semasa Tempatan

Ramai yang cukup kenal dengan YouTuber berbangsa India, Sugu Pavithra yang semakin menempa nama menerusi akaun YouTube miliknya itu. Sugu berjaya mendapat peningkatan jumlah subscribers di atas video masakan yang dikongsikan olehnya. Berdasarkan tinjauan, dia kini memiliki 385,000 pengikut di akaunnya itu.

Tanpa disangka, kejayaan yang diraih Sugu ini telah menyebabkan beberapa pihak tidak senang hati melihat pencapaian yang dimilikinya. Netizen di Twitter mendedahkan terdapat beberapa komen berunsurkan ‘cyber bullying’ di akaun Sugu yang memintanya menutup akaun YouTube itu.

Menerusi ruangan komen di akaun YouTube Sugu, terdapat komen-komen yang ditulis dalam Bahasa Tamil dan memarahinya berkongsikan resepi-resepi masakan di situ. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meminta Sugu memadamkan akaunnya itu yang mana jelas adalah satu tindakan buli kepada Sugu.

Pendedahan ini turut mengejutkan ramai netizen kerana tidak sangka ianya berlaku kepada YouTuber yang semakin mencipta nama di Malaysia ini. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan buli ini dan meminta orang ramai untuk terus memberikan sokongan pada Sugu.

Sejak namanya semakin dikenali ramai, Sugu menerima kenaikan jumlah subscribers di akaunnya dan kini menerima bayaran daripada Google di atas jumlah tontonan yang tinggi. Video resepi yang dikongsikan Sugu bukan sahaja ditonton oleh rakyat Malaysia malah mereka di luar negara juga.

Sebelum ini, pasangan daripada Jepun berjaya menghasilkan masakan kari ayam berdasarkan tontonan video daripada Sugu. Mereka telah mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Sugu dalam salah satu video yang dimuatnaiknya sebelum ini. Bukankah ini satu pencapaian yang cukup membanggakan untuk seorang suri rumah seperti Sugu?

 

sumber : Amazing Nara