Tarik wanita Muslim sertai pasukan, Polis New Zealand perkenal seragam berhij4b

Foto: OMM

Polis New Zealand telah memperkenalkan pemakaian hij4b ke dalam pakaian seragam rasmi untuk menggalakkan lebih ramai wanita Muslim untuk menyertai mereka.

Menurut jurucakapnya kepada BBC, tujuan utama mereka mewujudkan perkhidmatan ‘inklusif’ adalah ingin mencerminkan masyarakat yang pelbagai di negara tersebut.

Polis Muslimah pertama ada seragam berhij4b

Konstabel Zeena Ali adalah anggota pertama Polis New Zealand memakai hij4b yang direka khas sebagai pakaian seragamnya.

Zeena berkata, dia berasa bangga mengenakan tudung seragam Polis New Zealand selain turut terlibat sama dalam rekaan hij4b untuk pakaian seragam wanita Muslim.

Memetik laporan NZ Herald, anggota polis berusia 30 tahun itu terinspirasi bagi menyertai pasukan polis selepas berlaku ins1den temb4kan di masjid di New Zealand pada tahun lalu dengan niat ingin membantu komuniti Islam.

Tambah Zeena, pihak polis New Zeland berusaha untuk memastikan hij4b yang dipakai memenuhi syarat kesihatan dan kesel4matan serta keperluan peribadi para petugas wanita Muslim.

New recruit to become first New Zealand cop to wear police-issued hijab - Culture

Konstabel Ali, yang dilahirkan di Fiji dan pindah ke New Zealand ketika masih kecil menyedari lebih ramai wanita Muslim diperlukan di jabatan polis, untuk pergi dan menyokong orang ramai.

“Rasanya sangat senang dapat keluar dan menunjukkan tudung Polis New Zealand sebagai pakaian seragam saya,” tambahnya.

“Saya rasa apabila melihatnya, lebih banyak wanita Muslim juga ingin turut sama bersama Polis.”

Zeena Ali will start her police career after graduation this week. She is the first officer to wear a police-issued hijab. Photo / NZ Police

Sementara itu, Polis New Zealand mengatakan kerja untuk mengembangkan seragam berhij4b untuk pakaian seragamnya dimulakan pada akhir tahun 2018 sebagai t1ndak b4las kepada permintaan dari kakitangan polis yang mengunjungi sekolah menengah.

Sekadar info, di UK, Polis Metropolitan di London meluluskan seragam hij4b pada tahun 2006 dengan Polis Scotland menyusul pada tahun 2016. Di Australia, Maha Sukkar dari Victoria Police memakai seragam hij4b pada tahun 2004.

 

Sumber: NZ Police , Times of India , NZ Herald, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.