“Ni baru la baby Pian!..” – Penampilan Baru Sufian Suhaimi Tanpa Jambang Betul-Betul Move On!

Hiburan

 

Sejak dinobatkan persembahan terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) Ahad lalu, nama penyanyi Sufian Suhaimi kembali menjadi bualan hangat netizen.

Dan ia secara tidak langsung memberi kesan positif buat penyanyi itu apabila pengikut di akaun Instagramnya naik mendadak sejak lima hari lalu.

Terbaharu, penyanyi yang cukup hit dengan lagu Dimatamu ini berkongsi gambarnya menghulurkan setangkai bunga mawar sebagai tanda penghargaan buat satu juta pengikutnya.

“1M followers appreciation post,” tulisnya ringkas pada kapsyen gambar yang sudah mendapat lebih 100,000 tanda like itu.

“posting penghargaan 1 juta pengikut,” tulis penyanyi lagu popular Di Matamu itu semalam.

Terbaru, penyanyi berusia 27 tahun itu juga memuat naik sekeping gambar swafoto memberitahu dia akan berada di Brunei pada minggu hadapan.

“Teka siapa yang akan pergi ke Brunei pada 17 Feb ini?

Petunjuk: dia baru bercukur

Selamat malam,” katanya.

Posting tersebut mengundang perhatian netizen untuk memberikan komen dimana rata-rata teruja dengan imej terbaharu Sufian yang tampil bersih tanpa berjambang.

alaa.. suka lagi berjambang, nampak matang

Handsomenya baby pian dah cukur hahhaa

ensem la jugak

sumber : nalurikini