Sah! Majlis Noor Nabila, Engku Emran hari ini

Khabar angin majlis pern1kahan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik sekeping foto yang tertulis Walimatul Urus Noor Nabila dan Engku Emran.

Hasil tinjauan Kosmo! perkongsian foto meja makan dihiasi indah dan pelamin yang dimuat naik Ameera dalam Instagramnya turut memberi bayangan majlis sedang berlangsung pagi ini.

Malah, sekeping kad senarai yang terletak di atas meja juga turut tertulis nama Noor Nabila dan Engku Emran di bahagian bawah.

Sekitar majlis Noor Nabila

Menerusi tiga Instastory yang dimuat naik, menunjukkan suasana majlis perkahwinan. Jika dilihat, menerusi papan tanda majlis tersebut menunjukkan walimatul urus Noor Nabila dan Engku Emran yang berlangsung hari ini.

Menurut Kosmo, difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di sebuah masjid pagi tadi.

Manakala, perunding majlis tersebut ialah Reka Teemor.

Semalam, spekulasi tentang majlis pern1kahan mereka bertiup kencang dalam media sosial.

Untuk rekod, Emran juga pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sekitar dua minggu lalu, nama Nabila dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.
Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu.

Sementara itu, Neelofa sebentar tadi turut berkongsi video sekitar majlis akad nikah Noor Nabila.

(Video) “Sem0ga dia bahagia”- Sharnaaz titip d0a untuk bek4s isteri, khabar angin Noor Nabila dan Engku Emran nik4h esok

Terdahulu, KHABAR angin bek4s isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diij4bkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bert1up kenc4ng.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengul4s mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berh4k untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tep4t (khabar angin Nabila bakal kahwin).

“Tapi saya tak boleh nak k0men lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang k0men.

Saya hanya mend0akan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

“Tetapi jika betul benda itu (Nabila b4kal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa t1ri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mend0akan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa.

Dahului Neelofa, Nabila, Engku Emran nikah esok? - Kosmo Digital

Selain itu tambah Sharnaaz, dia meny0kong apa juga keputusan yang terbaik untuk bek4s isteri dan anaknya itu.

“Saya hanya mend0akan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia.

“Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya.

Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu secara h4kam.

Mereka dikatakan mula rapat selepas sering mengikuti aktiviti berbasikal bersama-sama.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang c4haya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah.

Engku Emran, 46, pula berp1sah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

 

Sumber: Little Miss Khan, Ohbulan, Kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.