Siapa cakap membebel di TikTok sia-sia? Gadis 17 tahun ini berjaya beli sebuah Vellfire baru

Di zaman yang serba canggih ini, tiada lagi alasan untuk kita berkata tidak ada duit kecuali kita memang taknak berusaha.Ada pelbagai laman sosial yang jika kita manfaatkan secara bijak kita mampu menjana pendapatan yang sangat luar biasa hasilnya.

Begitulah yang dimanfaatkan oleh seorang gadis berusian 17 tahun ini, Nurin Lofa Adrianna Kirana nama diberi.

Rezeki ‘terp1jak’

Gadis cantik ini menjana pendapatan melalui paid review atau  ulasan berbayar yang dibuat selama ini, dia sudah berjaya membeli dua buah kereta.

Pada tahun lalu dia membeli sebuah kereta terpakai keluaran tempatan dan pada minggu lepas dia sekali lagi tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nurin mengakui sama sekali tidak menyangka rezekinya cukup murah sejak menyertai TikTok pada Ogos tahun lalu.

“Saya sudah beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Ini kereta kedua. Paling banyak saya dapat tentunya menerusi paid review.

“Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.

“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan peIanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” ujarnya yang memiliki 746,000 pengikut di TikTok.

Mesra disapa Nurin, dia yang mengikuti pengajian secara ‘home school’ mendedahkan kehidupannya berubah sekelip mata kerana TikTok.

Malah, ia sekaligus membuktikan kepada mulut-mulut j4hat yang menghlnanya selama ini bahawa dia juga boleh berjaya.

“Dulu kereta umi saya sangat n4zak. Ada orang kat sekolah yang ejek, hlna kereta tu. Sebab tu saya beli sebuah kereta terpakai tahun lepas.

“Rasa macam tak percaya benda tu berubah sekelip mata. Sebelum ni pun, bilik saya berlantaikan tikar getah je.

“Tapi bila naik macam ni, saya tengok sekeliling saya berubah. Alhamdulillah boleh tanggung keluarga juga,” ujarnya.

Kata Nurin yang popular kerana video membebel di TikTok, aplikasi itu boleh menjana wang jika digunakan dengan betul.

“Walaupun saya selalu buat video membebel. saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul.”

-Nurin-

‘Terima kasih yang sokong dan h1na saya’

Mengenangkan keperitan hidup yang dilalui olehnya dahulu, gadis itu titipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang perna mengh1nanya dahulu.

Hal ini adalah kerana mengingatkan dia kepada kejadian sewaktu di sekolah dahulu apabila kawan-kawan di sekolah mengejek dan mengh1na kereta yang dipandu oleh uminya yang dilihat seperti kereta yang sudah n4zak.

“Saya nak cakap , yang mana kec4m atau sokong saya..Terima kasih.”

-Nurin-

 

Sumber : mStar Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf