“Officially Lecturer At UiTM Puncak Perdana” – Tahniah Yusry Bakal Mengajar Pelajar UiTM.

Hiburan

Genap setahun pembubaran kumpulan pop terkenal tanah air era 1990-an KRU, salah seorang ahlinya iaitu Yusry Abd Halim cuba berkongsi ilmu di dalam bidang pendidikan pula.

Menurut Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen, beliau mengalu-alukan kehadiran penyanyi lagu Dekat Padamu itu untuk menjadi tenaga pengajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Tahniah Yusry KRU. Beliau kini menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar di Fakulti Filem dan Animasi (FiTA) UiTM. Selamat datang!”

Perlantikan rasmi itu menjadi bualan netizen di Twitter yang rata-rata memberi maklum balas positif mengenai kelayakan pengarah filem sekuel Cicakman berkenaan setelah berpengalaman dalam industri perfileman.

Sumber : Facebook Prof via Celotehsaje