“Orang Lain Buang Je Kad Bisnes Saya”- Mangsa Eksiden Terharu Di Hubungi Tuanku Agong.

Beberapa hari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunjukkan keprihatinnya terhadap mngsa k3malangan di dua lokasi berbeza di Putrajaya apabila Seri Paduka Baginda sanggup turun dari kenderaan rasminya bagi memeriksa keadaan mereka.

Dalam satu video yang dikongsikan di dalam Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda dilihat melangkah penghadang besi pembahagi jalan untuk ke laluan bertentangan bagi bertanya khabar mngsa k3malangan, sambil diiringi pegawai istana dan pegawai pengiringnya.

Tidak habis di situ, semalam salah seorang mngsa k3malangan tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Azizan berkongsi pengalamannya ketika Seri Paduka Baginda menc3mar duli.

Menurut Hafiz, dia terharu dengan sikap Seri Paduka Baginda yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap dia dan mngsa k3malangan ketika itu.

Paling mengujakan, Seri Paduka Baginda sudi menerima kad perniagaan miliknya dan menghubunginya kembali untuk menjemputnya datang ke Istana.

“Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuanku kerana berkenan menc3mar duli bertanya keaadan isteri saya seleps k3malangan pagi tadi.

“Sesungguhnya Tuanku benar-benar berjiwa rakyat dan Patik tiada lain selain rasa penuh hormat dan bangga mempunyai pemimpin seperti Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa dibawah rahmat Allah. Daulat Tuanku.

“Setinggi terima kasih juga kepada Tuanku membenarkan kami berdua bergambar bersama Tuanku dan peluang untuk saya beri bisnes kad saya.. Tuanku ambil pulak tu (siap contact saya balik invite datang istana). Orang lain bu4ng je bisnes kad saya. Tuanku memang terbaik,” tulisnya.

Hafiz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

 

View this post on Instagram

 

Merafak sembah dan ucapan setinggi- tinggi terima kasih kepada Tuanku kerana berkenan mencemar duli bertanya keaadan isteri saya slps kemalangan pagi tadi.. Sesungguhnya Tuanku benar2 berjiwa rakyat dan Patik tiada lain selain rasa penuh hormat dan bangga mempunyai pemimpin seperti Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa dibawah rahmat Allah. Daulat Tuanku 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 . Setinggi terima kasih juga kepada Tuanku membenarkan kami berdua begambar bersama Tuanku dan peluang untuk saya beri bisnes kad saya.. Tuanku ambil pulak tu(siap contact saya balik invite dtg istana). Org lain buang je bisnes kad saya 😂😂😂. Tuanku memang terbaik 🙏 . Kepada netizen yang menegur cara saya bersalam dgn Tuanku, terima kasih atas teguran anda, i humbly accept it. (vid tu masa Tuanku nk balik dh, masa sampai saya salam dulu tau 😁)Dalam kelam kabut dan keterujaan saya blur..cut me some slack ya semua 😅Insyaallah next time jumpa Tuanku saya dh tau mcm mane nk react(saya dh belajar protokol dgn @hammamiyusoff ) . All in all it is such a great experience. A blessing in disguise. Alhamdulillah juga wife saya tiada kecederaan. . Salam Maulidur Rasul . ikhlas dari bro baju kuning @mhafiz_azizan . Jgn lupe follow saya ya netizen. Nnt saya share gbr bersama Tuanku 😁 . Daulat Tuanku 🙏🙏🙏 . #agongkita #ourking #mhlegacy

A post shared by MH (@mhafiz_azizan) on

Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya bersama Seri Paduka Baginda di tempat kejadian. Sementara itu, Hafiz turut meminta maaf apabila ada yang men3gur caranya bersalaman dengan Seri Paduka Baginda yang dianggap tidak mengikut protokol yang betul.

“Kepada netizen yang men3gur cara saya bersalam dengan Tuanku, terima kasih atas teguran anda, I humbly accept it. (video tu masa Tuanku nak balik dah, masa sampai saya salam dulu tau). Dalam kelam kabut dan keterujaan saya blur.. Cut me some slack ya semua.

“Insya-Allah next time jumpa Tuanku saya dah tau mcm mane nak react (saya dah belajar protokol dengan @hammamiyusoff).

“All in all it is such a great experience. A blessing in disguise. Alhamdulillah juga wife saya tiada kec3deraan. Salam Maulidur Rasul,” jelasnya lagi.

sumber: gempak

error: Content is protected !!